Hafiz Safwan Thought That...

A thought of my self.."Be civil to all; sociable to many; familiar with few; friend to one; enemy to none." Benjamin Franklin

Pages

There was an error in this gadget
This is what i wrote in Buletin Mutiara.A bullettin for my collage.feel free to comment anything bout it..
(Apa yang ditulis bukanlah hasil ilmiah yang diperolehi daripada pengajian atau pendidikan formal atas subjek yang diketengahkan. Ia hanyalah nukilan hasil daripada pengalaman yang dikutip sepanjang berkecimpung dalam organisasi pelajar Universiti. Semoga apa yang ditulis dapat membantu sedikit sebanyak kepada sesiapa sahaja yang membacanya)

Pengurusan saya takrifkan sebagai satu siri perancangan dan pelaksanaan sesuatu menggunakan sesuatu sumber. Sumber yang selalunya dikaitkan dengan pengurusan adalah masa, aset dan liabiliti. Saya menganggap anggota sesebuah organisasi sebagai aset yang berharga, lebih berharga daripada aset-aset fizikal lain seperti kemudahan pejabat dan barangan berharga. Ia merupakan asas kepada organisasi itu sendiri.

Bagi Pengurusan Organisasi, sumber yang terlibat adalah berkenaan dengan kewangan, aset dan yang paling penting ialah organisasi itu sendiri. Pengurusan organisasi memerlukan skil, pengalaman dan karisma yang tinggi dalam menentukan kejayaan dan keberkesanaan sesebuah organisasi.

Sebelum saya pergi lebih jauh dalam membincangkan soal ini, saya ingin memberikan satu contoh mudah sebuah organisasi. Lihat JPK sebagai contoh.
Fungsi JPK ialah menjadi suara kepada pelajar-pelajar kolej kediaman dan pada masa yang sama merangka dan melaksanakan program-program kolej yang telah diluluskan oleh Pejabat Hal Ehwal Pelajar. Ia ditadbir oleh Presiden, Naib Presiden, Setiausaha, Bendahari dan Exco-exco yang diwujudkan atas keperluan JPK.

Perkara pertama yang paling penting dalam pengurusan organisasi ialah memahami fungsi organisasi itu sendiri. JPK merupakan saluran pelajar kolej dalam mengetengahkan isu-isu kolej dan merangka serta melaksanakan program kolej. Oleh itu, terdapat beberapa pecahan yang menyebabkan wujudnya keperluan untuk mempunyai Exco-exco yang hanya fokus kepada sesuatu perkara.
Isu-isu kolej biasanya melibatkan perkara-perkara seperti kebajikan pelajar, keselamatan, kualiti makanan, kemudahan pengangkutan, penginapan dan asas, kebersihan, disiplin pelajar, kekondusifan tempat tinggal dan lain-lain lagi. Program-program pelajar pula melibatkan unsur-unsur kebudayaan, kerohanian, sukan dan rekreasi, keusahawanan dan banyak lagi.

Apa yang diperlukan oleh JPK ialah beberapa jawatan yang fokus kepada perkara yang telah saya sebutkan di atas. Maka wujudlah apa yang kita kenal sebagai Exco yang merupakan ketua bagi sesuatu Biro yang fungsinya dikhaskan untuk perkara-perkara yang telah disebutkan.

Pun begitu, terdapat lagi perkara bakal membebankan JPK sekiranya saya hadkan perhatian terhadap perkara-perkara yang telah saya sebutkan di atas. Antaranya mengenai hal-hal teknikal setiap program dan JPK sendiri, Hal-hal jemputan dan protokol setiap program, hal–hal pengurusan, pentadbiran dalaman dan program, hal-hal penerbitan dan makluman serta hubungan luar. Perkara-perkara inilah yang menjadi asas bagi pembentukan jawatan-jawatan JPK. Perwujudan jawatan yang diasaskan daripada keperluan yang disebutkan merupakan asas yang ke-2 terpenting dalam Pengurusan Organisasi.

Sekarang, 2 perkara telah saya jelaskan iaitu fungsi dan perwujudan jawatan berkaitan organisasi. Perkara ke-3 yang ingin saya sentuh di sini ialah pengisian jawatan-jawatan yang telah diwujudkan. Ramai yang berpendapat bahawa perkara sebegini tidak terlalu penting namun ia adalah faktor kejayaan sesebuah organisasi.
Kualiti dan kebolehan seseorang yang ingin kita serapkan dalam organisasi perlulah mengikut kehendak organisasi. Sesetengah jawatan memerlukan lebih daripada semangat dan keazaman yang tinggi. Kemahiran, pengetahuan dan pengalaman adalah kriteria yang amat penting dalam menyusun organisasi yang bakal diwujudkan.
Bersambung…•

1 people wrote something:

pakcik busu...
tidak ku tahu yg anda ade blog.. :)

 
Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin