Hafiz Safwan Thought That...

A thought of my self.."Be civil to all; sociable to many; familiar with few; friend to one; enemy to none." Benjamin Franklin

Pages

Muhammad Hafiz Akmal Bin Md Rijani





Dia adik aku yang no. 4. Dilahirkan pada bulan April 1990, dia lahir lewat 16 hari sampai mak aku kena transfer dari Hosp. Sg. Bakap ke Hosp. Bersalin Pulau Pinang. Disebabkan dia yang paling muda maka dia di panggil adik (lepas tu sorang lagi pulak keluar 8 tahun selepas itu).

Kami sekeluarga berbangga la ngan adik, sebabnya dia ni ada unsur2 kejutan dalam result exam dia, UPSR dia dapat 4A 1 B, PMR 7A 1B dan SPM 8A, 2B. Walaupun tak perfect tapi dia dah cipta rekod dalam family aku nih. Setakat nih pencapaian akademik tertinggi dipegang oleh dia.

27 Jun lepas, adik berangkat ke St. Petersburg untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang Marine Engineering. Perjalanan selama 20 jam (12 jam KL-Frankfurt, 4 jam transit, 6 jam Frankfurt-St. Petersburg) dan perbelanjaannya ditanggung oleh MARA.

Aku harap dia belajar dari kesilapan aku dan tidak mengulanginya. Huhu..suasana penuh emosi di KLIA ketika menghantar dia ke sana.
Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin