Hafiz Safwan Thought That...

A thought of my self.."Be civil to all; sociable to many; familiar with few; friend to one; enemy to none." Benjamin Franklin

Pages

There was an error in this gadget

Tunang, Nikah, Kahwin..Ada Anak... dan 12 Jam di Dewan Bersalin Teluk Intan

Assalamualaikum,

Saya bertunang dengan gadis pilihan hati yang saya kenali sejak di bangku universiti masa tgh buat diploma lagi pada 23 Januari 2012. Kemudiannya saya nikah dengan dia pada tarikh 23 Jun 2012.. seterusnya, isteri saya telah melahirkan seorang bayi lelaki pada tanggal 24 March 2013, jam 9.29 pagi di Hospital Teluk Intan.

Alkisah..

13 March 2013 - Sabtu

Aku dijadualkan untuk outstation ke Sitiawan, Ipoh, Taiping dan Georgetown, aku dah plan nak bawak dia skali dan drop di rumah mertua. Namun takdir Allah.. ada kejutan buat kami di awal pagi hari tersebut.

"Abang, perut nih sakit sangat," ujar si isteri yang dari pagi lagi dah rasa something wrong dengan perut. Bergeraklah kami ke DE*C di shah alam jam 3.30 pagi berkenderaan Proton Wira 1.5 bapak aku yang absorber tayar depan dah tak main sebab leaking. Bawak macam pelesit jalanan..bezanya tiada gaya superman sebab kami drive..bukan rempit..

"Saya suspek isteri kamu dah nak bersalin, jap lagi kita bawak dia gi atas utk buat CTG," Ujar seorang doktor yang dahulunya pernah refer shikin ke hosp putrajaya sebab dia suspek shikin kena appendik masa awal mengandung dulu.

Aku dah suspen.. 20 min ctg tu memang ada tunjukkan satu contraction...yeah..cuma satu dalam masa 20 minit dan anggaran bacaan cuma 60.

"Betullah..dia memang nak bersalin, tapi sempat lagi awak nak bawa dia ke mana2 hospital lain. Awak tahukan berapa hospital nih charge kalau nak bersalin kat sini. Kampeni awak cover tak?" ujar doctor yang tampak yakin dengan diagnosisnya namun tidak dengan kebolehan aku untuk membiayai rawatan isteriku.

"Doc buat surat ke Hosp Teluk Intan. InsyaAllah..kalau tak sempat ada Hosp Sg Buluh. Kalau tak sempat lagi ada Hosp Slim River, semua tu within 30-45mins driving jer," ujar aku yang ketika itu dah prepare secara mental untuk menghadapi sebarang kemungkinan.

Namun hampeh..sampai jer di teluk intan, tiada lagi kesakitan dan tiada apa2 tanda nak bersalin. Further checkup dengan seorang doktor berpengalaman - FALSE ALARM -

AKu tersenyum jer..next day sambunglah kerja ke Taiping dan seterusnya ke Georgetown.

Sehinggalah ke tarikh berikutnya:

23 March 2013

Pukul 1 petang - Rilek2 tgk tv..ralit...rupa2nya dah pukul 1..nak pi kenduri kawen tokon...seorang sahabat semasa di Jenan dahulu.. Tokon akhirnya dah mengakhiri zaman bujang.. 13 tahun kami tak berjumpa.. jam 3.30 barulah aku bertolak ke Teluk Intan..

Sampai jer, Shikin suruh pegang perut dia.. "Cuba abang rasa, perut sayang nih macam dah cekang,"
Yup..memang cekang dan keras.. kejap2 rasa sakit tapi sikit.. "Dah nak bersalin?" aku tanya...

"Erm... tak kot..," ,mendengar jawapan itu..aku pun dismisskan segala kerisauan yang melanda benak aku semenjak menerima aduan perut cekang itu tadi.


24 March 2013

Menjelang tengah malam, lebih kurang jam 12.. secara tiba2 dia rasa sakit tapi tak leh explain.. dan intermittent (sekejap2) ..menjelang 12.30 dia tak tahan n ajak gi spita (orang teluk intan sebut spita, bukan hospital)

Sebelum tu aku dah standby bag dia dah.. terus angkut and bawak gi hosp teluk intan.

Kat Hosp Teluk Intan ada tempat khusus utk bersalin. Namanya Dewan Bersalin tapi takder rupa dewan pun aku tgk. Bangunan yang ada tempat reception juga merangkap waiting area. Terus di bawak masuk dan senyap sampailah ke pukul 3.00 pagi..

pukul 3 pagi, nurse kata shikin tido, doc bagi ubat tahan sakit sebab contraction dah makin kuat namun tiada bukaan lagi.

Sementara tu aku isi masa lapang dengan berbual. Ada tak kurang dari 8 waris/suami kepada mereka yang bakal bersalin malam tu.. Salah seorangnya adalah schoolmate shikin sendiri yang isterinya menunggu nak bersalin jugak..cuma usia kandungan mereka baru 38 minggu berbanding shikin yang dah cecah 39 minggu.
CamWhore sambil menunggu..Jam 2.57 pagi

Macam2 cerita!!!!

Dari 8 ada lebih kurang 6 anak sulung. Daripada 8 ada lebih kurang 7 anak lelaki. Daripada 8 orang 5 kena ceaserean malam tu jugak.. dan daripada 8 orang, 7 bersalin malam tu juga dan isteri kawan shikin tu akhirnya bersalin pada hari rabu setelah 3 hari lebih di wad.

Ada satu brader nih..tgh tunggu wife bersalin..anak sulung katanya.. rupanya anak sulung dari isteri no 2.. isteri 1st ada anak 7 orang dah.. dan anak2 isteri first nih dok jaga mak tiri di hosp...NICE!

Akhirnya aku tak larat n tido dalam kereta..terjaga dalam pukul 5.30 pagi.. cuba jenguk2 tapi tak nampak apa.. last2 shikin sendiri yang panggil suruh keluarkan bag. Masa tu dah 4 cm..dan contraction makin kuat.

Sehinggalah jam 8 pagi, doc panggil nak jumpa dengan aku bagitau jantung baby "Tak berapa nak cantik," so they have to bring the baby out via Cesarean method.. Thought that I might need to sign the paper so I wait.. along with my mother in law and father in law.. until the time was 11.30am,

ish..takkanlah lama sangat depa nih..

bila mak mertua aku tanya kat kaunter rupanya baby dah di hantar ke wad..

sampai jer di wad...

Ada drama sket.. biasalah.. anak sulung.. bapaknya pun sebak2 jer azan di telinga kanan diselang seli dengan ketawa kecil teringatkan satu punch line ustaz yang bagi ceramah masa kursus kawen kitorang dulu tentang azan dan iqamat baby yang baru lahir..

Selesai azan dan qamat, aku belek kad dan rekod baby.. rupanya baby dah lahir jam 9.29 pagi lagi!!.. apsal lepas 2 jam baru kitorang tau??? (aku senyum jer lah time nih.. nak kata apa? baby selamat..alhamdulillah.. semua orang buat silap..takder yang perfect)

nampak ada calar di tepi mata kiri dia.. "Tajam betul kuku anak aku sampai calar muka sendiri masa dalam perut lagi nih," Ujar aku yang begitu husnuzon.

Baru jer nak cari maknya.. rupanya dia kena usung masuk wad dah.. berderai lagi ayaq mata tengok dia dok terbaring ja.

So.. here it is..

Muhammad Hadif Salahuddin Bin Mohd Hafiz Safwan (Yang Terpuji, bermatlamat kebaikkan agama)
(Name given on the 3rd day 27 March 2013)

P/s:
1. Wife aku diberi pilihan samada mahu ditemani suami semasa pembedahan atau tidak. Dia pilih tidak. (Bukan aku yang tak mau aaaaa.. hehehehe padahal penakut.)
2. Calar di mata baby tu adalah kerana kecuaian kecil. Kami berlapang dada setelah shikin menerima permohonan maaf dari nurse terbabit. sikit sangat.
3. Sokongan dan doa dari semua, ahli keluarga saya dan isteri serta kawan2 kami adalah amat kami hargai. Terima Kasih.
4. Sehingga post ini ditulis (30/3/2013) shikin dan baby masih lagi di Wad sebab shikin demam. doc nak pastikan dia tak demam sebelum keluar wad. Alhamdulillah kedua2nya baik2 saja
5. Lawak ustaz yang buat aku gelak kukikuki masa tgh azan tu "Bayi Islam yang baru lahir mesti di azankan di telinga kanan dan di iqamatkan di telinga kiri. Jangan pulak tanya Azan Makkah ka Azan Madinah? Jgn dok azan betui2 macam muazzin "ALLAHHHHHHHHHH.... Huakbar AllahhhhhhuAkbar!!!" Sambil buat gaya ala2 kuatnya suara muzzin Madinah.
6. Aku pilih Muhammad Hadif...Shikin pilih Salahuddin.. rupanya Opah (Mak Mertua) dan Tok Wan (Bapak aku) suka sangat nama Salahuddin tu.. Alhamdulillah.
7. Ye..nama dia memang panjang...
8. Special thanks to Ustazah Siti Aishah yang clarifykan nama hadif dan ejaan arabnya. Siap bagi cadangan nama.. InsyaAllah..hat no 2 nanti saya letak ..hehehe
9. Special Thanks to
-Staf2 Dewan Bersalin HTI
-Staf2 wad GC, Hospital Teluk Intan yang begitu komited dalam kerja. Terima kasih atas input2 yang berguna kepada kami yang baru bergelar ibubapa nih. 0 knowledgelah katakan.
- Guard Hosp Teluk Intan yang membantu memberi pelepasan untuk aku jumpa wife aku yang sangat2 perlukan bantuan pada awal2 kelahiran baby.
-Staf wad 3D tempat baby spend 1 malam bermandikan cahaya UV sebab kuning. Terima Kasih!
10. Aku cadangkan hospital nih sebagai hospital yang sesuai utnuk sesiap nak lahirkan anak.. friendly staff and nice environment. InsyaAllah.. your wife and baby will be taken care off nicely. We know.. we were there for 7 days now.
11. Biasanya.. cuma 3 hari saja bagi yang bersalin cara cesarean. Namun sekiranya ada komplikasi.. maka expect untuk stay lama sket. Boleh kata semua yang dalam wad GC tu keluar awal (bergantung kepada tahap penyembuhan)
12. Ye..air mata aku tumpah banyak hari tu.. suatu pengalaman menginsafkan.. Buat bakal2 ayah.. nasihat aku.. berilah kata2 peransang yang baik kepada isteri yang nak ke labour room. Beritahu yang:
-anda redha pada dia.
-anda doakan agar dia dan baby selamat
-ingatkan dia apa jua ketentuan Ilahi adalah baik. Sekiranya ajalnya di situ ketika itu, maka berbanggalah dan bersedialah kerana ganjarannya syurga (Syahid)
-seandainya umur baby tak panjang, berbahagialah juga kerana telah termaktub bahawa ganjarannya juga adalah syurga dan dia memanti di pintu syurga nanti.



It's All About Being Nice to Others...


What I did :
 >>>> Posted Christmas wishes to my fellow Christian friends

Consequence:
>>>> A polite comments asking me to remove the posting:  sorry bro nak tegur sket.. xleh wish yg hang wish tu.. Islam melarang sama skali.. harap boleh remove kot post ni.. P/S: Sekadar menegur.. No offence yer

Ok.. Next comment by the same bro (Mr Arzlie) who added: Ibnu Taimiyah, Ibnu al-Qayyim, para pengikut dan ulamak yang lainnya berpendapat bahawa hukum mengucap selamat Hari Natal adalah haram karena perayaan ini adalah antara syiar Kristian. Dan pengucapan selamat itu dilihat sebagai tasyabbuh (menyerupai) dan atas dasar ini, maka ia diharamkan.

Then an ol' friend (Faisal) came into my defence: Hukumnya harus jika dirujuk di sini http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/hukum-orang-islam-mengucapkan-tahniah-dan-ucapan-selamat-bersempena-perayaan-agama-


Then, Bro Arzlie put his link as well: http://www.facebook.com/ImamMudaHassanAdli/posts/537782379567426

My cousin put his own link as well (A Hafiz doing degree in biomedic) : http://www.facebook.com/notes/inni-akhafullah/hukum-mengucapkan-merry-christmas-kepada-penganut-beragama-kristian/333302360031584

A friend (Dr Razif) posted Dr Zakir Naik's video:
http://www.youtube.com/watch?hl=en&client=mv-google&gl=GB&v=t6IE2HoPcf0&nomobile=1

Ajai came into my defence again:
 Byk dh bertanya. Sy x wish sapa2 pun tapi mengetahui peribadi hafiz safwan, saya tahu dia memilih yg no 2. Lgpun yg mengeluarkan fatwa bukan seorg ustaz tetapi himpunan ulama. Nk banding dgn diri kita dgn ulama mmg jauh, jadi ikut la pendapat ulama. Namun biasa la, dlm byk hal mmg terjadi khilaf antara ulama itu sendiri. Lagi satu, jika sekalipun kita berniat baik utk menegur seseorg, sebaiknya pm la dia. Klu komen di wall, bimbang mengaibkan dia pula. Jadi niat asal yg baik tu x tercapai pula objektifnya. Rasulullah SAW mengajar utk menegur dgn berhikmah. Dan teguran saya ini saya tujukan khusus pd diri saya dahulu. Wallahua'lam

and added:
Kerana org yg berani menegur itu seharusnya berani juga menerima teguran. Salam ukhwah & syukran atas semua perkongsian tadi. Amat2 bermanfaat terutama penjelasan dari Dr Zakir Naik dlm utube tu

Bro Arzlie replied to Ajai's comment:
teguran saya kepada diri saya dan umum.. sbb tu saya letak no offence yer.. jgn terlalu bergantung pada majlis fatwa ja.. keputusan majlis fatwa ni banyak dah yg kurang tepat.. x salah kalau kita banyak mengkaji.. dari menimbulkan isu dan kontrovesi mcm ni.. lebih baik xyah post.. playsafe.. bak kata UAI g la bawak2 berzikir lg bagus dari dok wish sana wish sini.. wat gape? saya boleh terima teguran asalkan teguran tu berlandaskan syariat islam yg berpaksikan Al-Quran dan Sunnah.. bukan dari logik akal pemikiran seseorang penegur itu sendiri.. para ulamak ulung sudah mensyariatkan yang ianya haram.. jgn lah kita cuba2 utk mmngharuskan sesuatu atas nama PERPADUAN.... nak jaga hati umat sesama islam atau hati non-muslim itu sendiri.. nasihat saya kepada semua termasuk saya sendiri.. pelbagaikan sumber pengajian dan berpegang kepada seseorang yang mengeluarkan nas berpandukan Al-Quran dan Sunnah Rasulullah S.A.W. Wallahu ' Alam.

The rest... you can read it here:
http://www.facebook.com/hafizsafwan.mdrijani/posts/463616743700282?notif_t=like


I want to clarify this:

- I respect everyone's Point of View (POV).
- I am also thankful to Mr Arzlie, Mr Faisal, Mr Amar (Inni Akhafullah), Mr Hafiz (Jay Pitt) and Dr Razif for their opinion all links. I've read all. Thank you guys.. :)

- I have different opinion regarding the claim that some decision made by Majlis Fatwa were less precise (Bro Arzlie said, "...banyak dah kurang tepat,"). To me, such fatwa was made considering all aspects.
-I am just an ordinary muslim who is trying to be better everyday. I wrote the post considering that I have several Christian friends in my FB. Turn out that only one Christian friends responded by clicking the 'like' button.
- I respect all Muslim Scholars which being quoted by my fellow friends. Ustaz Azhar Idrus, Majlis Fatwa Kebangsaan, Dr Zakir Naik, Dr MAZA and etc.



- Now, let us not be bias...Ok.. This is our next PM according to PR if they can win in the next GE.
http://anwaribrahimblog.com/2012/12/24/christmas-greeting/
- And our current PM's message-
http://1malaysia.com.my/blog/merry-christmas-to-all-malaysian-christians-2/
- To permit what u did by comparing with what others did shows ignorance. I'm not putting that up to say that what I did right.

 - Read Dr MAZA on this matter:
http://drmaza.com/himpunan_fatwa/?p=77

I quote "8. Fatwa yang sama yang mengharuskan ucapan sempena perayaan agama lain dikeluarkan oleh beberapa ulama lain seperti Dr Yusuf al-Qaradawi dan al-Mustafa al-Zarqa. Antara hujah yang digunakan oleh al-Syeikh Mustafa al-Zarqa adalah hadis Nabi s.a.w:
“Sesungguhnya telah lalu di hadapan Nabi s.a.w satu jenazah, lalu baginda bangun (untuk menghormati). Lalu diberitahu kepada baginda: “Itu jenazah seorang yahudi”. Baginda bersabda: “Tidakkah ia juga jiwa (insan)?” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim). Kata al-Zarqa: “Bangun tersebut sebagai menggambarkan penghormatan dan kemuliaan, tiada kaitan dengan akidah jenazah tersebut” (Fatawa Mustafa al-Zarqa, m.s 356. Damsyik: Dar al-Qalam).
Ertinya, beliau membandingkan mengucapkan selamat sempena hariraya agama lain kepada penganutnya, bukan bererti mengiktiraf akidah mereka.,"
and I quote
"9. Dengan ini saya berpendapat, boleh mengucapkan selamat hariraya kepada penganut agama lain sempena perayaan mereka dengan syarat ucapan tersebut tidak mengandungi ungkapan yang syirik atau kufur seperti menyebut ‘anak Allah’ atau tuhan selain Allah. Maka, memadai sekadar ‘selamat hariraya’ atau‘selamat bergembira’ atau seumpamanya. Hal ini lebih dituntut jika semasa hariraya Islam mereka mengucapkannya.

10. Namun, seorang muslim tidak boleh turut merayakan hariraya agama lain. sebabnya, perayaan agama merupakan upacara agama. Bukan muslim pun tidak patut disuruh merayakan hariraya kita. Perpaduan antara kita sesama rakyat muslim dan bukan muslim bukan dengan berkongsi hariraya, tetapi dengan keadilan, berbuat baik dan tidak menzalimi antara satu sama lain.
11. Apa yang penting, dalam dunia semasa yang Islam dituduh dengan pelbagai tuduhan liar, kita patut menonjolkan imej Islam yang harmoni dan baik. Dalam masa yang sama kita mesti menjaga benteng akidah kita."
- I rest my case

Hafiz Safwan Md Rijani

Hadiah Buat Kekasih

Assalamualaikum Warahmatullah

Bagi yang anti dengan kisah cintan-cintun nih, mohon agar dapat menerima pandangan peribadiku ini dengan sebaik mungkin.

Sejak 4 tahun lepas, aku mencari calon isteri. Alhamdulillah, aku temui seseorang lebih kurang 3 tahun lepas. Memulakannya dengan bersahabat, sehingga pada suatu ketika masing2 menyampaikan perasaan hati.

Perjalanan seterusnya agak berliku dan goyah. Namun, takdir Allah penentu segalanya. Akhirnya sehingga kini kami masih bersama dan sedang merancang untuk mengakhiri segalanya dengan ikatan perkahwinan untuk memulakan fasa baru.

Sedikit pesanan buat rakan2 sejantina denganku yang 'straight' atau yang telah kembali ke pangkal jalan. :p

Aku dah lihat beberapa rakan yang 'bermain2' dengan jantina yang satu lagi tu.. dan jugak sebaliknya..

Ingatlah... hidup nih tak lama.. teruskanlah buat macam tu kalau ada rasa masih nak 'bermain2'.

Bagi yang masih mencari, tetapkanlah niat di hati untuk mencari calon isteri atau suami. Bukan untuk mencari pakwe dan makwe. Jika dah jumpa, cepat2 dapatkan restu ibu bapa si dia (bagi lelaki). Beritahu niat anda, dan berterus terang dengan ibu bapa anda.

Aku tak berhasrat nak suruh orang contohi aku. Cuma nak berkongsi apa yang kami lalui sehingga ke hari ini.

Setelah lebih 2 tahun berkawan rapat, aku dah kenal semua ahli keluarga dia. Cuma dia belum berjumpa ngan parents aku lagi. Sehinggalah selepas raya tahun lepas, aku temukan dia ngan mak bapak aku di KLIA semasa menghantar adik aku yang no 4 tu (dia nak balik rusia). Bermula dari situ, segalanya berjalan dengan pantas. Aku berkesempatan menyampaikan niat aku untuk menghantar parents aku datang berbincang dengan parents dia sedangkan aku target untuk buat sedemikian lewat sebulan lagi. Seterusnya, parents aku datang rumah dia untuk merisik bulan 11/2011.

Bagi lelaki, sekiranya anda dah tahu yang anda telah berhenti mencari... teruslah berbincang dengan ibu bapa anda.. mohon restu diorang untuk sampaikan isi hati anda. Sampaikan hasrat anda kepada si Perempuan dan duduk berbincang tentang langkah2 yang telah anda atur untuk ke arah perkahwinan. Mohon kerjasama dari si dia, dan mohon ruang untuk berjumpa dengan ibu bapa dia.

Bagi perempuan, sekiranya anda yakin bahawa si jejaka itulah yang akan jadik Imam anda... Sampaikanlah hasrat si lelaki kepada ibu bapa anda secara kias2an. Bantu si dia untuk memudahkan lagi urusan.

Mungkin sesetengah tak pasti atau tak tahu cara atau adat. Jangan risau. Kebanyakkan mak bapak nih dah agak moden dan tak mahu menyusahkan anda.

Bagi si Lelaki, mungkin anda boleh ikut langkah-langkah yang saya dah aturkan di bawah ni:
1. Tetapkan target anda - dalam masa setahun / 2 tahun dari sekarang anda akan berkahwin.

2. Berbincang dengan pasangan anda. Tanya sama ada dia mahu atau tidak dahulu.. tak mahu nanti kita yang lebih2 tapi si dia masih belum bersedia. (Kalau dia masih belum bersedia, anda boleh : Beri lebih masa / Cari yang lain..maaf, mungkin ada yang akan melenting..tapi fikirkanlah..ia ibadah..kenapa perlu tangguh?)

3. Jika si dia bersetuju dan dah bersedia, mohon kerjasama agar dia dapat fikirkan cara bagaimana untuk anda bersemuka dengan parents dia. (Aku target nak bincang time dia konvo...tapi 'ter' awal lah pulak).

4. Bila mak bapak dia dah berada di depan anda, pastikan bahawa suasana itu sesuai untuk anda bercakap. Kalau bapak dia tgh layan bola (kena lak team faveret dia tgh main) janganlah teruskan jugak.. rilek dulu.
Baca doa Nabi Musa (Rabbish shrahli sodri dan seterusnya sampai habis sambil pandang muka kedua2nya), tarik nafas panjang dan selawatlah...pastu sampaikan hasrat hati.. bahawa anda mahu membawa ibu bapa atau wakil anda untuk berbincang tentang hubungan anda dan dia. Aku jenis ikut adat... Jadi, tak proper kalau anda shoot direct macam nih "Mak cik dan Pak cik, saya nak kawen dengan anak Pak cik dan Mak cik yang bernama ....," Itu urusan orang tua. Tugas anda hanya untuk sampaikan maksud ibu bapa anda yang mana diorang dah bersetuju untuk pergi ke rumah awek anda.

5. Di takdirkan Allah, anda telah mendapat kebenaran daripada orang tua si dia. Duduk berbincang dengan parents anda pulak tentang tarikh nak pergi tu.Anda juga perlu berbincang dengan si dia sebab mungkin tarikh tu tak sesuai (Mak bapak dia nak gi umrah ke atau ada majlis ke).

6. Bawaklah tanda (mungkin sebentuk cincin untuk tujuan risik). Ia menunjukkan bahawa anda memang sangat berminat sementara menunggu untuk bertunang.

Hal seterusnya adalah urusan ibubapa anda dan dia (Kalau ikut style aku lah)..kalau tak anda kena fikirkan sendiri.


Saja nak share pengalaman ni.. Moga bermanfaat.

:)

Setahun..

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh.

Lama tak menulis... Lama benor.. (apahal kuar loghat pelik2 nih)

:p

Tentang tajuk.. Genap setahun saya bekerja sebagai seorang eksekutif pengurusan projek. Alhamdulillah.. syukur ke hadrat Ilahi atas limpah kurnianya terhadap saya dan keluarga saya.

Nothing much left..
Ipoh is my next project...

New Name... Why a sudden U turn?

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

This is the 1st post since the last post. The last post was posted during the era of Pak Cik Bushu Thought That ... . This new post is posted under the new name Hafiz Safwan Thought That ...

Whats' wrong with the name? some might ask this question.. well.. I guess it's time for me to move on.. to start fresh and to be mature...starting with the new name...my real name

Final Post...

It's been a very long journey..

I've been thinking about this..
and came to this decision.

To finally stop writing anything in this blog.

People change by time... Considering that I'm more matured than I was before..
I've decided to make a new page to suit the new me.

Good Bye Pak Cik Bushu Thought That...

Welcome to..what ever came after this..still haven't decide yet.

Regards,
Pak Cik Bushu

Motivasi diri... Bagaimana sekeping kertas dan sebatang pen mampu membantu

Setiap manusia akan ada ketikanya dia berasa sangat tidak bermotivasi...
Ada banyak sebab2 untuk nak jadi 'down'. Antaranya :
1. Baru lepas clash daaa
2. Kena marah ngan boss...walaupun kekadang tu bukan salah dia pun..
3. Terdapat beberapa rentetan peristiwa yang mewujudkan situasi seperti 'Sudahlah jatuh, ditimpa tangga pulak tu'. 
4. Dan sebagainyalah...(pandai2 lah korang)

Tipulah kalau aku kata aku tak pernah bersedih. Tipulah kalau aku kata aku tak pernah mengalirkan air mata. (Dalam hati gua ada taman jugak beb)

Cuma kadang2, kita perlu sedar bahawa sedih dan tidak bersemangat itu boleh menghancurkan kita. Tanpa kita sedar..melayan perasaan sambil mendengar lagu2 tangkap leleh itu adalah suatu perbuatan yang tidak baik untuk MASA DEPAN. Buang Masa.... apatah lagi ketika di saat anda sedang melakukan sesuatu yang penting untuk masa depan anda..seperti sedang melalui final exam..lagi seminggu dekat UPSR..(hehehe)


Pengalaman paling perit adalah pada bulan puasa tahun lepas. Tanpa sedar, aku hilang kawalan terhadap kemarahan aku...dan akhirnya... (hmmm i think i should stop here...let's just say that I'm not in my best condition at the critical time of my life).

Pada ketika tu, aku kena siapkan eksperimen aku yang dah lama tertangguh. Aku ada beberapa test yang aku perlu prepare. Dan aku juga seorang peer tutor untuk fakulti yang mana pada malam hari kejadian tu aku ada kelas untuk diajarin.

Cara aku motivate diri aku adalah dengan berulang kali berkata pada diri sendiri - " do...or die,"

Buat...atau mati...

Beri pilihan pada diri sendiri..nak buat ka tak nak buat?..kalau tak mau buat baik mati saja...

Pada masa yang sama..berfikir secara objektif... Aku tak nafikan yang agak susah...tapi 'do or Die' kan...so..kena buat jugaklah..
SUSAH....tapi TAK MUSTAHIL

(Waktu tgh down tu...tetiba nangis..tetiba rasa nak tumbuk pintu...tetiba rasa cam nak nek moto laju2....normal la tu..tapi ingat...kena berfikir secara objektif)

Susun kepala otak hangpa ikut keutamaan.. Ok.. maksudnya di sini. Ketika Allah sedang uji kita dengan beberapa cabaran seperti keadaan saya yang saya dah describe kat atas tu, fikiran kita akan serabut.

Jadi..untuk membantu menyusun kepala hotak yang serabai tu, sila segera dapatkan sehelai kertas dan sebatang pen atau pensel.

Contenglah apa korang nak conteng.. tapi...mestilah berkaitan dengan CABARAN2 yang perlu anda hadapi.

cthnya:

CABARAN 1: Perasaan Sedih, kuciwa, marah, terkilan (Baru lepas KECEPER - kecewa percintaan lah katakan)
priotity: (((Bergantung kepada cabaran lain)))
Perlu pikir ke? -  Kalau ada masa boleh laa...jap nak tgk cabaran len plak..later I'll come back to this..ok


CABARAN 2: FYP
Priority: HIGHEST!!! (Giler ko..nak grad wooo)
Perlu pikir ke? - Ko nak mampus kalau tak pikir....
Apa perlu ko buat? - Dah schedule eksperimen petang ni..so kena pegi..pas tu... pastu... pastu...
Kesimpulan: It's do...or DIE


CABARAN 3: Design Project
Priority: Highest jugak...
Perlu pikir ke? - Perluuuuuuu...tapi....jap..rasanya dah setel lah....a'ah..dah setel.....
Kesimpulan: NEXT!!!!!!!!!!!!

CABARAN 4: Test KJM ****, MEC ****. ENT ****
Priority: Medium (Gua tak stadi pun leh jawab beb..common sense)
Perlu pikir ke? - Confirm semua test tunda....so....KIV lah..
Kesimpulan: NEXT

CABARAN 5: Kelas Peer Tutor Malam ni
Priority: HIGHEST!!!! (Sebab ada elaun...tak berkat pulak kalau tak pi)
Perlu pikir ke? - Jgn zalim pada orang lain...depa mai nak belajaq..
Kesimpulan: ok..nak prepare 2 soalan untuk depa jawab dalam kelas malam ni

CABARAN seterusnya rasanya dah takdak...so let's look back at the first Challenge.

CABARAN 1: Perasaan Sedih, kuciwa, marah, terkilan (Baru lepas kecewa percintaan lah katakan)
priotity: Setelah di amati..memang tak sesuai melayan perasaan sekarang..so..KIV lah.. - 
LOWEST PRIORITY
Perlu pikir ke? - SANGAT TAK PERLU
Kesimpulan: I NEED MYSELF NOW...I need to be reliable to myself now...IT IS MY FUTURE!!! so...sorrylah perasaaan2 sedih, kuciwa, marah, terkilan n so on...Gua ada banyak mende lein gua kena pikir la skarang..kalau free leh arr layan.

Ini cuma sample (((BERDASARKAN PERBUALAN DENGAN DIRI SAYA SENDIRI...tapi contoh jer laa)))...mungkin boleh membantu..mungkin tidak 

Apa yang saya boleh kongsikan di sini..ini adalah cara untuk saya motivasi dari saya sendiri. Mungkin ada yang bersetuju..mungkin ada yang mempunyai idea yang lebih baik

mungkin...mungkin... saya tak tahu...

But it works for me..

the key word is "It's do..or Die,"

Pak Cik Bushu suka cakap menda ni:

"Masalah akan terus jadi masalah...cuba refer masalah itu sebagai cabaran...lebih menarik..lebih bermotivasi...lebih positive,"

Regards,

Mohd Hafiz Safwan

Saya sebagai orang yang gagal.... :)

Assalamualaikum W.B.T

Tajuk tak leh blah..

Lama benar tak menulis...tetiba jadik gatal tangan balik. Penangan blog Hami Asraff... tidak kutahu yang dia merupakan seorang blogger yang hebat... :)

Good for you bro..Alhamdulillah

Tentang tajuk hari ini. Aku terpanggil untuk menulis selepas berbicara dengan si Hami nih tentang pencapaian.

Tidak aku nafikan...wujud perasaan yang negatif dalam diri bila menyedari bahawa aku seorang lelaki berusia 28 tahun yang baru tamat pengajian DEGREE dan baru bulan ke-2 bekerja di sebuah GLC yang buat kereta (Paham2 lah) sebagai seorang executive cabuk. memandu kereta ayahanda dan motosikal yamaha lagenda 110Z untuk berulang alik ke tempat kerja. menyewa di s7 shah alam bersama rakan2 yang sedang menyambung pengajian di peringkat masters.

Satu persepsi killer dari rakan2 sekerja bila mengetahui yang aku fresh grad dan berusia 28 tahun adalah -> "Owh...mesti kerja dulu sebelum belajar,"

aku tak berselindung dengan mengiakan pernyataan sedemikian..aku jelaskan..
"Saya kena tendang dari UTM selepas tahun kedua saya di sana,"

"Saya mula balik dari awal sebab qualification untuk masuk UTM adalah matrik. Hanya UiTM (fewwwwittttt) sahaja yang menerima saya sebagai pelajar. Bermula dengan diploma kejuruteraan mekanikal, saya teruskan ke peringkat ijazah kerana kata2 ibu saya,"

"Saya lewat 3-4 tahun dari rakan2 sebaya saya yang lain. Gaji mereka kini sudah berapa, kedudukan mereka kini sudah di mana....saya masih lagi tiada apa-apa."

Tanpa sedar...kata2 itulah yang selalu saya ucapkan pada setiap penanya...

Saya lupa nikmat yang Allah beri pada saya.

Saya lupa tentang peluang kedua yang saya terima.

Saya lupa tentang beruntungnya saya kerana ada ibu bapa yang sangat prihatin dan memberi semangat, dorongan dan berMATI-MATIAN untuk menanggung pelajaran saya.

Saya ada ramai rakan2 yang memberikan sokongan.

Saya ada segalanya...mengapa kegagalan itu yang saya lihat sedangkan kejayaan saya sudah ada di depan mata.


Baru beberapa jam yang lepas, saya mendengar tentang kekesalan seorang brader (tuan rumah sewa) tentang peluang2 yang telah beliau sia-siakan di waktu bujangnya dulu.

Saya tak suka bila beliau katakan yang beliau kesal...dan saya muhasabah diri saya balik....Saya lagi teruk dari beliau..saya pun buat perkara yang sama setiap kali ditanya tentang kisah silam saya.

Saya berbangga dengan siapa diri saya sekarang. Saya berbangga dengan insan2 yang berada disekeliling saya sekarang. Saya redha dengan apa yang saya lalui sekarang. Saya sedar yang masih banyak hutang saya pada keluarga, cikgu2, UiTM masih lagi belum berbayar (selain hutang konvo, saman dan library laa)

:)

Saya takkan dapat apa yang saya ada sekarang tanpa pengalaman2 lepas.. ada sesuatu yang baik yang telah Allah rencanakan untuk saya dan semua orang. Kalau tak di dunia..di dunia yang kekal abadi...AKHIRAT

I guess,,,that's the price i have to pay

Aku marah..pada masa yang sama aku rasa rindu..pada masa yang sama aku terkilan...pada masa yang sama aku tak faham..pada masa yang sama aku rasa geram..pada masa yang sama aku rasa macam nak...



Semua tu ujian..nak tgk sama ada aku layak untuk dia atau tak. Bulan 6 yerr...bulan 6... kalau saya kena bedah..mungkin bulan 8..tapi macam yang pernah saya janjikan..Tahun Ni...

ACL lutut kiri ku putus...Live Coverage from KPJ Bandar Perda




I’m writing from my bed, currently warded at KPJ Bandar Perda, to facilitate investigation and assessment to my left knee injury. After done with x-ray and MRI, the doctor (Dr. Naharuddin) confirmed that my ACL (Anterior cruciate ligament) is completely severed. Glad that the meniscus is in good condition although the injury was an old one.




Next is physiotherapy.




The ACL reconstruction will be done in a month or 2..the doctor want to wait till the swelling subsided first.




Sejuk je rasa tulang bila dengar “Putus habis, Konfem kena reconstruct,”




2 biji skru..6 minggu recovery period..6 month b4 full recovery..

INTERLOK!!!

http://amirmu.blogspot.com/2011/01/how-we-failed-interlok.html

Read it....

New Year Resolutions!!!!

New year mark my new age..

I'm 27 years old 4 month n a day old..but I am 28 years old this year.

before this..I don't have a clear target for each year...Now I'm going to start to have one.

My 2011 target:

1. Be a better servant of GOD.
2. A better son.
3. A better eldest brother.
4. Get a job
5. Start to save some money.
6. Register for Haj.
7. Buy a 2nd hand car.
8. Healthier lifestyle
9.
10. Less weight
11. Less optimistic, more realistic n pessimistic.



Any other  suggestions??????

The End, Interviews and A Smile

The End

I started my degree studies on December 2007. As a 24 years old degree student, I realised that I was way behind others who are at the same age as mine.

During my 1st semester in Shah Alam, I met an old friend who uttered "Ko tak habis2 menyusahkan mak bapak ko ek," when I told him that I continue my study there. He graduated and was an MLMers during his studies. Quite a successful cheaters (if you ask me bout him..I know everything he did).

Initially, I refused to go for bachelor studies. It was my mother who talk me in to it. After 6 semesters..the ordeal ended on 26 November 2010 when I submitted my finalised report. Later on 10 December, it was confirmed that I finished my bachelor studies with 2nd class upper. Finally...It's the end of the final episode of The Dropout, 2nd season.

All the sweat, tears, blood, money and time had been paid off. It's all because of my parents. They work hard to support me because I didn't have any scholarship or loan.

Thank You Mak n Bapak...Thank You...Thank You

Alhamdulillah..I finally finish off things that I've started 8 years ago.

4 December 2010 - My last day as tenant in 59, Jalan Kristal 7/78... It is a wonderful neighborhood..nice people..nice environment..I will dearly miss that place and the neighbours.

Interviews

Currently I am in job hunting mode. Attended few interviews and applied numbers of vacancies..so far..no luck yet..



A Smile

Beautiful Smiley Face :)  - You might be reading it now...hahaha

It's funny n weird when we look at where a smile could bring us too. With a shear of luck and thanks to the enhancement of today's technology on social networking, I finally met the owner of the beautiful smile which I was looking for months. Glad to meet u smiley face!!!  :)

Tears...

Hi all..

I shed tears when I wrote this

I dedicate this to my father and mother
Md Rijani Bin Md Ibrahim
Hamidah Bt Sukaroo
They are the reason why I'm still fighting.
Mak dan bapak di Mina, Bapak dah bercukur menandakan keluar ihram (Tahalul Awal)

I was preparing my 2nd draft at that time. Alone in my room, that sentences means a lot to me

Yup...I miss them very much...but that's not the main reason.

I saw mak..shedding tears when she learned that I got kicked out from UTM. That was more than six years ago.

I saw myself 9, 6 and 3 years ago.

The words marked then end of my degree. Definitely not something that could be proud of...but..better late than never...

July 2004 - I learned that I was kicked out from UTM, at that time I was a substitute teacher in a school where currently my father is the headmaster. Mak's tears......
November 2004 - Enrolled for diploma in UiTM Penang
November 2007 - The end for diploma.
December 2007 - Continue studying for a degree in Shah Alam
November 2010 - my tears...

Ya Allah, permudahkanlah perjalanan hidupku, tetapkanlah iman ku, peliharalah diriku agar dapat aku berbakti kepada umat Muhammad, negaraku dan ibubapaku.

I am not the same as I was 15 years ago

I afraid of being alone on the stage. Either talking or performing to crowds, the idea of public speaking was too far away for me to handle. Why?

My Hands Trembling -
My Heart Racing and thumping like it's going to explode.
I would suddenly be insecure of myself...is my pants zipped? Is there anything on my head or behind me?
Gagap!
mumbling...blablabla

Until one day...and a class, and some experience gained during my university period...it is all in the past.

 3/4 individuals suffers from speech anxiety
I was one of the 75% during my teenage years
There's a class conducted by Mrs Shila Razlan for kids age 9 -14 years old to improve their public speaking skills.




click to enlarge the banner

Doa yang ku kirim


Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim.

Aku mohon padamu Ya Allah,

Permudahkanlah urusanku,

Jadikanlah ilmu yang engkau kurniakan pada ku berguna untuk agamaMU, ibu bapaku, kaum keluargaku, guru-guruku dan rakan2ku.

Aku mohon padamu..


Permudahkanlah urusanku, jangan lalaikan aku dengan dunia agar aku tak lagi terpesong dari jalanMU.

Tunjukkanlah aku jalan yang benar, jalan yang Engkau redhai. Tunjukkanlah jalan yang patut aku ambil selepas semua yang aku lalui ini berakhir.


Sesungguhnya Engkau yang Maha Mengetahui isi hati aku ini.

Jauhkanlah dia dari segala gangguan. Rahmatilah dia dan permudahkanlah urusan hidupnya.

Kalau dia buruk untuk aku dan keluarga aku, jauhkanlah dia dari aku.

Kalau dia yang terbaik untuk aku dan keluargaku, engkau dekatkanlah dan mudahkanlah urusan kami berdua.

Kurniakanlah aku jodoh yang terbaik untuk ku.


Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Hafiz, Ya Hakim, Ya Azim, Ya Jabbar, Ya Mutakabbir. Ya Samii, Ya Zal Jala Liwal Ikram

Love

can really drive us mad...



Love Allah..
Love your parents,
Love your friends and family
Love those who treated you right.
Love those who REALLY care about you..



































I feel stupid..I am..

Politic - are you partisan or a thoughtful person?


I am a student of University Technology MARA. I'm bounded by Act 174 and because of that, I can't show which side I am although I am a registered voter. 

Fine..I'm ok with it. In fact, it doesn't bother me at all. I voted in the last PRU and I'm ok with the fact that I can't be on any side of the politics. It doesn't bother me at all.

Years after... I realize that I don't bother of becoming a member in any party..It doesn't annoy me..It didn't make me a sad person..and I'm not angry with the Act..

Because I don't know which party to chose..Seems like both sides are not my type...both sides are surprisingly have the same agenda...Both sides have the same mental capacity of an amoeba...Both sides make the same mistakes..Both sides did do something really good and the other side would make an issue out of it...Both sides want Malaysia for themselves..

Sadly..this is Malaysia..

And I'm proud to say that I'm not member of any party.

I'm a thoughtful person.

What's wrong is wrong and what's right is right.

My vote will go to those who do the right thing the most... 

So...Plz stop doing foolish thing..If you care about my vote.

 

'A Male's Perspective on Love' by Aidi Amin (NST)



I came across this while reading the online NST.
A good piece...

Girls, plz take note..

Original Link - Click HERE

A male's perspective on love

2010/09/19
By Aidi Amin
aidiamin@nst.com.my







CHILDREN show off their feelings unabashedly. There is a lot we can learn from them.
More often than not, I get cornered by friends -- girls -- once madly in love with their boyfriends but now swear they hate their guts. I will end up becoming the emotional punching bag for these distraught women.

Asked what brought about the massive "paradigm shift" in their feelings, these girls would say that they did not get a favourable response when they asked their boyfriends "What are we?" after a few weeks of dating.

Indeed, status is important. It is everything. For status, nations are willing to go to war. Women, and sometimes men, would go to great lengths to have the status of their relationships defined.
What is the definition of a relationship after dating for a certain period of time?

Social media sites such as Facebook have a convenient method for people to define their relationships. One can change the status in a split second, and sometimes without much thought. Many don't dwell on its significance. One can be "single", "in a relationship", or leave the status as "it's complicated" on Facebook. But if a guy's status remains "single" after dating someone for a while, the girl he is seeing might become frustrated and start having doubts.

But truth be told, contrary to what most women think, guys are not insensitive creatures. We are just practical.

And our actions often speak louder than words. Men are creatures of habit. Observe the way we treat you. Does your man lend you moral support? Is he reliable? Does he leave you in the lurch in times of need?

I believe that relationships should never be divided into stages. If you think your man is delaying commitment then ask yourself, "Am I happy with him?"

Relationships are not meant to be perfect. Conflict is healthy. It can strengthen a relationship if resolved properly.

Always ask yourself why you embarked on this journey with this guy in the first place.

Women must also know this -- as much as a guy might love you, it will dissipate if you keep on forcing him to do things against his will. Every time we resign ourselves to your wishes or accede to them, resentment will build up.

There are the men who abhor the word "commitment", but most just want to know more about the women they are going out with before they choose to settle down and make her the mother of their children. Until then, these men might "multi-date". During this period, they might keep a certain distance and be non-committal.

Bear with them. If they see a future with you, they will bare all in time.

aidiamin@nst.com.my

Is it really that hard???

Seriously...
Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin