Hafiz Safwan Thought That...

A thought of my self.."Be civil to all; sociable to many; familiar with few; friend to one; enemy to none." Benjamin Franklin

Pages

Program Anak Angkat & Khidmat Masyarakat Manjoi 2007

Assalamualaikum


9-11 Februari lepas..Program yang telah pun berlalu. Buat pertama kalinya, sejarah bagi UiTM Pulau Pinang dan Kolej Mutiara, Program Anak Angkat & Khidmat Masyarakat Manjoi 2007 dianjurkan oleh JPK Mutiara (jawatankuasa perwakilan kolej mutiara).

Di Kolej Mutiara, aku sebagai Presiden JPK Mutiara. Tapi dalam program nih, perlu diingat bahawa pengarahnya bukan aku, tapi Anis...Yup...Anis..untuk pengetahuan..tiada pernah kulihat program yang mempunyai skala yang sebesar ini, peruntukan sebesar ini ((RM 21 000-total duit yang kami nampak..yang tak nampak??wallahua'lam)) dan diterajui oleh seorang perempuan..TAHNIAH..aku tak segan..aku tak malu..tapi aku berbangga sebab program ini diterajui oleh Exco JPK Mutiara. Aku berbangga sebab program nih berjaya..dan aku bangga sebab aku percaya hasrat untuk melahirkan seorang pemimpin wanita sudah tercapai..tahniah sekali lagi...((program paling besar budget yang pernah aku terajui..Tri Fesko RM 2 135.00))

Lakaran bagi program nih bermula sejak November lepas..hmmm..aku tak dapat nak taruk gambar kat sini..nanti kalu ada aku taruk..Permulaan bagi program nih adalah kertas kerja yang ditulis oleh saudari Anis Zahidah Maulad Adam yang jugak bertindak sebagai Pengarah Program bagi Khidmas Manjoi nih. Anis juga merupakan Exco Kebajikan dalam organisasi JPK Mutiara. Sebagai anak jati Manjoi, idea untuk melaksanakan program ini lebih mudah direalisasikan apabila ibunya sendiri merupakan staf kanan kepada ADUN Manjoi iaitu Dato' Hj Nazri Bin Ismail.


1st meeting pada bulan November 2006 berlangsung di pejabat Dato' Nazri di Maju Perak Sdn. Bhd. Ipoh. Meeting yang pertama membawa harapan yang menggunung tinggi dari pemimpin Manjoi untuk melihat program ini dilangsungkan dengan megahnya. Matlamat dan tujuan program diperhalusi ke peringkat akar umbi. Perancangan pelaksanaan diperluaskan ke serata Manjoi. Ikut perancangan awal, hanya satu kampung sahaja yang terlibat. Dato' nak semua 6 buah kampung terlibat. Daripada 50 orang peserta, diperbanyakkan kepada 80 orang peserta. Budget asal sebanyak RM 8000 lebih naik mendadak kepada RM 17000. Meeting yang pertama merupakan titik asal permulaan dalam mendidik aku dan rakan yang lain dalam arena Program besar nih...

Meeting seterusnya adalah di Pej Dun Manjoi pada bulan Disember 2006. Dato' tak dapat hadir. Ada P.A Dato' iaitu Kak Ju yang juga merupakan orang yang banyak peranannya dalam program ini. Outcome dia ialah untuk memanggil mesyuarat besar-besaran yang melibatkan keseluruhan Manjoi. Daripada Ketua-ketua kampung, Guru Besar-GuruBesar, RELA, Polis,JPA 3, Belia Manjoi, JK Masjid, Rukun Tetangga, PKNP (Perbadanan Kemajuan Negeri Perak), SUK Perak..pendek kata semua Top Gun Manjoi di minta untuk hadir ke mesyuarat program pada 4 Januari 2007.

Nak jadi cerita, pada 4 hb Januari, seperti yang dijanjikan, semua hadir...kecuali Dato'. Beliau terpaksa ke Kuala Lumpur pada saat akhir dan hanya diberitahu 2-3 minit sebelum mesyuarat bermula. Ketua kampung Manjoi suruh aku pengerusikan mesyuarat. Untuk tidak memalukan nama UiTM dan Kolej Mutiara, aku nekad. Tanpa persiapan, mesyuarat dipengerusikan oleh saudara Mohd Hafiz Safwan Bin Md Rijani(sapa lagi..aku laa). Alhamdulillah, berkat pertolongan ILAHI serta niat yang suci dan sokongan tidak putus-putus daripada rakan-rakan dan staf (En. Burn dan En. Din), mesyuarat berjalan lancar dan memenuhi objektifnya.

Mesyuarat seterusnya adalah pada 26 Januari, lebih kurang seminggu lebih sahaja sebelum program. Ketika itu Dato' hadir dan segala persiapan nampaknya menunjukkan prestasi memberangsangkan. Cuma tak cukup duit jer. Alhamdulillah, Dato' bantu sebanyak RM 10 000.

8 Februari, Petang
bertolak ke manjoi pada jam 6.30 petang dengan membawa sebuah van dan 2 buah lori. Muatan sebanyak 3 tan di bawa bersama. Seramai 9 officio turut serta dan 9 officio nilah yang angkat barang2 3 tan tadi. 3 lelaki dan 6 perempuan. Nasib baik staf maintainence ada 2 orang + driver lori dan Van. macam nak patah pinggang

9 Februari
Rombongan pelajar dari UiTM Pulau Pinang tiba lewat di Dewan SUK Perak.lebey kurang jam 1030 pagi. Taklimat pembangunan kawasan manjoi dan lawatan ke DUN Perak merupakan agenda pagi jumaat tu. Peserta solat jumaat di masjid negeri dan makan di Medan Makan Dato' Sagor. Jam 3 petang merupakan majlis penyerahan anak angkat UiTM kepada keluarga-keluaga angkat. Pagi tu aku tak dapat ikut ke SUK Perak kerana menunggu peralatan tambahan daripada UiTM Seri Iskandar. P.A sytem dan segala mak nenek barang diorang tu semuanya bernilai RM 200 000. Macam nak wat konsert lak. Seriously, kalau korang ada kat situ, kalau korang tak tahu sapa yang nak datang, mesti korang ingat Pak lah yang nak turun.
Masa penyerahan anak angkat tu, aku rasa lucu sebab ingatkan diorang yang terpaksa 'berlakon' jadik baik di depan mak bapak angkat. Cuma tak sangka yang diorang semua berjaya dan belajar banyak dalam program nih..

10 Februari

hari kedua yang paling penting, ada 3 komponen iaitu slot pagi, petang dan malam


Slot Pagi

Peserta dipecahkan kepada4 kumpulan, Khimat Pendidikan Anak-Anak Yatim, Khidmat Masyarakat OKU di Pusat Pemulihan Dlm Komuniti (PDK)Kg. Tg Hussein, Tanda Kenangan & Persediaan Untuk Khidmat Pendidikan.
-aku incharge untuk Anak Yatim asalnya, tapi dah ubah kepada OKU sebab pada aku yang tu lagi mencabar. Anak yatim dikawal selia oleh saudari Leen dan dibantu oleh Amanda. Aku sempat perkenalkan diri dan terus bergegas untuk menyiapkan rakan2 yang nampaknya masih blur ngan apa yang bakal dilakukan di PDK nanti. Aku ngan loko ajar laa lagu2 pengakap yang kitorang tahu, ajar tepuk, ajar nyanyi. Memang takut sangat sebab masing-masing takdak pengalaman nak handle OKU.

Pengalaman di PDK
Melangkah masuk ke dalam PDK (macam rumah jer), kami di sambut jeritan seorang kanak-kanak lelaki (autisme). Namanya Farhan. Aku ingat lagi yang kami semua saling berpandangan sama sendiri melihat telatah Farhan ketika itu. Takut pun ada. Ada lebih kurang 10 orang murid yang hadir pada hari itu. Masing-masing dengan tahap kecacatannya tersendiri. Ada yang down sindrome, paralysed, autisme, Lembam (learning disability). Mula rasa macam kurang selesa. Cikgu Saliza merupakan orang yang menguruskan PDK dan memberikan kepada kami gambaran awal berkenaan pusat tersebut, sambil diselang-selikan dengan jeritan Farhan yang nampaknya makin menjadi-jadi bila ternampak 2 hamper besar yang kami bawa.






Rambutku cacak..baru gunting masa tu..











AIN..Teruja dengan petikan guitar, tapi aku pulak yang sebak...

Bila cikgu saliza menyerahkan kepada kami untuk beramah mesra dengan kanak2 nih, terus aku pilih budak yang bernama Midah, dia LD (learning disability) umur dah 20 tahun tapi masih tak tahu bercakap dengan betul, dia macam dalam dunia dia. tak peduli orang lain. sebelah kiri aku lak budak Farhan tu tadi. Membe aku loko tak berputus asa mengajar Farhan tu bermain tanah liat(plastersin). Sampai la kepada persembahan kami, aku amik gitar dan mainkan lagu-lagu pengakap yang aku tahu. masuk pulak lagu-lagu food song yang banyak gerak badan. semua tu untuk taknak bagi budak2 nih rasa bosan. Tiba-tiba, ada sorang budak nih (down syndrome,umur lingkungan 8-10 tahun)...namanya Ain..nak petik gitar yang aku tgh main tu. sambil menghalang, cikgu dia suruh duduk. dia taknak duduk kat atas lantai..dia duduk atas peha aku dan rangkul kepala aku sambil cium pipi aku. Ya Allah...masa tu baru la insaf..insaf kaw-kaw nyer...Sebak..memang sebak..tapi leh kontrol lagi..aku boleh lagi menyanyi dan bermain gitar..tamat persembahan kami. Budak2 tu pulak buat persembahan diorang. Ada dah routine yang selalu diorang wat. Haritu diorang tunjuk main pompom ikut lagu cindai. Masa tu, aku dah tak tahan, meleleh gak setitis dua airmata. Sebak bila tgk budak-budak nih, terharu dengan dedikasi cikgu dan mak bapak yang membantu mengajar kanak-kanak istimewa nih. Sebak sebab bersyukur yang kita dilahirkan normal.

Pengalaman di PDK membantu aku mengenali lebih dekat golongan yang tak pernah aku dekati atau selami. Mengajar kitorang banyak nilai-nilai kemanusiaan yang susah nak carik. Alhamdulillah, kerisauan aku rupanya tak berasas. Aku risau takut budak2 tu boring, aku risau member2 peserta nih boring. Tapi rupanya tidak, masa yang diperuntukan sebenarnya sejam..tapi kami rilek jer amik masa sampai 2 jam setengah. Tak rasa lama pun..

Khidmat Pendidikan SK Manjoi 1
macam biasa laa..bezanya..ada seramai 210 orang murid tahun 6 dari 4 buah sekolah di sekitar Manjoi. Dengan angkatan yang kami bawa..alhamdulillah cukup..

Malam tu, makan malam beserta penyerahan sumbangan kepada anak-anak yatim. Tetamu kehormatnya adalah Dato' Husni Hanadzlah, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri. Pengalaman duduk makan di meja VVIP, biasa makan 3 pinggan..tapi time tu dapat la suku pinggan. Lauk memang mantap..tapi biasa laa..kontrol..masa tu, aku dengar sendiri benda yang kerajaan tengah bising2 sekarang nih..iaitu berhubung dengan ketirisan projek kerajaan kepada kontraktor bumiputra ke tangan kontraktor lain.Aku tau lebih awal iaitu masa di meja makan tu laa...Dato' Husni tak habis-habis persoalkan tentang integriti dan kesungguhan orang Melayu dalam melaksanakan projek-projek kerajaan. Sungguhpun aku neutral(hehehe) tapi dalam hati aku..aku kagumi cara dia kutuk bangsa dia sendiri..the art of deception..wahahahaha..








<-Nampak kepala aku jer sebelah nih
Baju oren tu Dato' Husni Hanadzlah. Kanan dia En mohamad Soder Bin Rahmad, kaunselor kanan UiTM..boleh nampak nasik yang cuma ada suku jer dalam pinggan.




Final day 10 Februari
Sukan Rakyat di Padang Tg Hussein. Bermula dengan senamrobik yang diketuai oleh jurulatih senamrobik NFC (National Fitness Council)..memang ligat opah tu buat senamrobik..korang memang patut tgk..lepas tu ada acara sukaneka kanak2..then main bola persahabatan dan bola jaring keputusannya, Bola sepak seri, bola jaring lak menang penentuan jaringan 3-2 kepada Jiranita Manjoi. Diteruskan lak ngan sukaneka dewasa. Acara terompah gergasi (6 orang tau)..tempat pertama..Team Dato' Nazri, Tempat kedua Presiden Mutiara dan 5 orang anak-anak yatim Nurul Iman..(aku dan adik2 nurul iman)hehehe...tempat ketiga sapa ntah..Dato' Nazri tu tak abis2 join semua aktiviti kat atas padang tu..tinggal bola n bola jaring jer dia tak main sebab tak dapat hadir awal..Menang lak tu...respek abis..

Petang..jam 3..masa untuk berpisah.
Aku kena bagi ucapan. Ucapan sebagai penyelaras program. Sebagai Presiden JPK Mutiara, organisasi yang menganjurkan program Khidmas Manjoi nih..Ucapan sebagai orang yang melihat dari awal sampai akhir program nih..memang sedih..sedih sebab rasa cepat sangat. Kesian kat kawan-kawan yang tak sempat nak bermesra ngan family angkat..Sempat aku berterima kasih kepada semua yang terlibat, semua yang mengambil berat. mohon ampun dan maaf kepada ibu dan ayah angkat bagi pihak UiTM dan Kolej Mutiara. Sempat berterima kasih kepada Dato' Nazri yang memang sangat membantu. Aku belajar banyak gak daripada dia. Bagaimana nak jadik pemimpin yang baik. Bagaimana nak gunakan kekurangan sebagai kelebihan. Ucapan aku petang tu diakhiri dengan lagu salam terakhir (allahyarham Sudirman Hj Arshad, 22 Februari nih genap lah 25 tahun pemergia beliau mengadap ilahi..Al-Fatihah)..ada gak la mak-mak angkat yang nangis..

Rakan-rakan yang membaca catatan nih. Harap korang ikut program yang bersifat macam nih..kalau ada kesempatan...rebutlah peluang nih..aku dapat lihat n rasa perubahan yang ketara kat setiap orang yang ikut program macam nih..

okies..kalau ada apa-apa koem atau pertanyaan..leh lah hubungi aku
013-4467267
skidezourus@gmail.com
skide_zourus@yahoo.co.uk
skidezourus@hotmail.com


Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin