Hafiz Safwan Thought That...

A thought of my self.."Be civil to all; sociable to many; familiar with few; friend to one; enemy to none." Benjamin Franklin

Pages

President's Thought That We Should do something About it

Sebentar tadi baru jer dapat surat perlantikan sebagai Presiden Kolej bagi sesi Disember06 - November 07. Menyambungkan kembali tugas, berat rasa bahu nih. Rasanya masih belum cukup lagi bagi aku pengalaman satu sem berkecimpung dalam arena kecil sosial kolej dan politik kampus. Mana taknya..i thought that i've seen it all..tapi ada ja benda yang berterusan datang. Sebagai pemimpin, sebagai kawan, sebagai pelajar, sebagai hamba Allah, aku sedar yang aku tak adil pada diri sendiri. Tapi bila ingatkan aku dah jadik adil ngan orang lain, ada jugak laa yang salah anggap. Puncanya, mulut orang...benci gilaaaaa....warghhhhhh...

Sebulan lepas, Lin(pengerusi Kolej Baiduri) tanya aku pasal hal aku kutuk dia dalam meeting Mutiara. ?????Blur kejap masa tuh. Seingat aku laaa..Kutuk takder..tak setuju tu ada laa..and i clearly state it..takdak pun kutuk2..semuanya pasal tindakan Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK) Baiduri yang wajibkan pemakaian tudung pada hari Isnin dan Jumaat. Yup, aku tak setuju atas sebab2 kapasiti kuasa dan peranan JPK. Tapi baiduri nampak keperluan untuk buat benda camtu, disiplin budak makin teruk. Keperluan untuk peraturan macam tu agak mendesak tapi aku takleh nak implement kat Mutiara. Seriously aku respek Baiduri sebab diorang boleh kontrol budak2 diorang. Even aku takleh wat camtu. Dan aku cakap jelas dalam mesyuarat Mutiara yang Mutiara takkan buat macam tu disebabkan kapasiti kuasa dan peranan JPK. Kenapa ada orang salah tafsir. Luckily, Lin memang pro sebab berusaha mendapatkan penjelasan aku. Dan aku jelaskan sebaik mungkin cuma aku agak terkilan. Terkilan sangat sebab ada orang salah anggap hal yang pada aku patutnya menjadi hal Mutiara. Meeting dalaman tak sepatutnya sampai ke pihak lain. Kalaupun aku kutuk, tak sepetutnya benda tu keluar dari meeting tanpa pengetahuan aku. Aku tahu sapa diri aku, kuli jer untuk budak kolej. aku bukan pemimpin. Buat apa aku nak rosakkan hubungan baik Mutiara, Zamrud ngan Baiduri.

Then satu lagi lak masalah bila ada yang anggap dipinggirkan dan diburuk2kan oleh aku. Lagi sekali aku jadik pelik. Bila masa aku ada kata apa2 kat dia nih. Rupanya2 sebab nama dia ada dalam list pertama panggilan ke mesyuarat pertama JPK Mutiara yang baru dan setelah list baru keluar 24 jam kemudian nama dia hilang. Takdak kaitan ngan aku pun. Bukan aku yang buat keputusan terakhir.Bukan aku yang lantik pun. Tapi sampai citer aku lak yang merendah2kan dia, haik??? nak jadik cerita lawak...aku takleh anggap macam tu sebab libatkan maruah orang..nak jadik cerita X-files mungkin boleh kot...Aku respek mangsa nih sebab aku penah bekerja ngan dia sebagai OC (orientation committee)..aku tau cara dia wat kerja dan memang dia boleh diharapkan.. pasal dia tak terlantik jadik JPK tu jgn laa point kat aku sebab bukan aku yang decide..yang aku nk jadik marah nih sebab cerita2 tak enak dari aku yang melibatkan dia..Mintak2 laa orang yang aniaya aku ngan budak tu menemui keinsafan yang sejati..Dosa ngan Tuhan mintak ampun kat Allah...tapi kalu dosa sesama manusia..mencarilah ngko kat lautan manusia Hari Kiamat nanti..aku tak simpan dendam dan marah..aku maafkan sapapun yang terlibat..cuma aku harap orang yang rasanya menjadi MANGSA AKU...datang dan dapatkan pengesahan dari diri aku yang tak hensem ini...TOLONGGGG LAAA...

Sebelum perletakan jawatan yang lepas, MPP baru UiTMPP dah dilantik dan ada ura-ura nak panggil meeting JPK 3-3 kolej ngan MPP..Ada juga ura-ura nak letak JPK bawah MPP, Core Business ialah kebajikan pelajar Kolej. Sebagai orang yang menjadi ayam tambatan JPK..aku kena ambil kira budak2 aku jugak..setakat nih..100% tak sokong..so outcome dia dah jelas..apapun..akan ada benda yang tak memuaskan hati semua kat UiTMPP nanti....jap aku sambung lain

1 people wrote something:

SABAR LE.. TU SUME ASAM GARAM DLM PENTADBIRAN.. TU SUME CABARAN.. TO B A GREAT LEADER, WE NEED TO TAKE RISKS.. BE TOUGH!! -DAK UiTMPP GAK-

 
Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin