Musuh, perkataan yang jarang aku fikirkan ketika hidup nih rasa indah bila dikelilingi kawan-kawan. Seingat-ingat aku laaa, selama aku hidup ni, tak pernah aku label sesiapa pun sebagai musuh. Walaupun banyak orang yang aku kenal buat benda-benda yang menghakis kepercayaan aku terhadapnya,aku tak pernah simpan dendam atau ambil hati macam yang aku tengah alami nih.
Apa yang nak aku katakan kat sini, kepada sahabat-handai, rakan-rakan dan taulan, saudara-saudara aku, terima kasih sebab percaya pada aku. Terima kasih sebab menyokong aku. Terima kasih sebab memilih untuk berkawan daripada bermusuh dengan aku. Baru sekarang aku tahu, bukan mudah nak buat orang suka kat kita. Bukan mudah nak elak orang berperasangka buruk kat kita. Dan bukan mudah nak jadikan seseorang musuh.
Bagi yang mengenali siapa Mohd Hafiz Safwan Md Rijani atau Busu atau Matpit, Hafiz, Safwan atau apa sahaja gelaran yang hangpa panggil aku. Kebanyakkannya yang kenal masa zaman kanak-kanak akan kata aku nih pondan. Suka menangis masa bergaduh. Suka mengacom kat cikgu. Senang terasa. Manja dan banyak lagi. Tapi hangpa tetap berkawan dengan aku. Tetap lantik aku jadik ketua pengawas masa darjah 4. Tetap anggap aku nih ahli 5 sekawan(terpengaruh ngan novel penyiasat 5 sekawan). Tetap datang ke rumah walaupun last skali kena halau dengan mak aku. Masih meletakkan kepercayaan pada aku untuk menganggotai team robot masa darjah 6. Terima kasih bagi kenangan-kenangan manis tu.

Bagi yang kenal aku masa sekolah menengah. walaupun nombor L009 masa di SMKANT menjadi nombor keramat setiap pagi masa perhimpunan atas pelbagai kesalahan asrama(cadar tak cekang, katil kotor,tak bertugas). korang tetap berkawan dengan aku.Walaupun aku masih lagi dengan perangai lama yang suka menangis, korang tetap berkawan dengan aku. Walaupun akulah manusia yang paling tak smart skalik kat sekolah tu, korang tetap berkawan dengan aku.
Bagi rakan-rakan sekolah rendah yang menjadi rakan sekelas masa form 3 di Methodist Nibong Tebal, hangpa masih percaya pada aku. Hangpa yang lantik aku jadik ketua kelas pada hari pertama aku menjejakkan kaki ke kelas 3 mesra. hangpa masih berkawan dengan aku walaupun dah 2 tahun aku tak pernah call atau hubungi hangpa sepanjang aku kat SMKANT. Hangpa jugalah yang mengajar aku untuk berkawan dengan sesiapa sahaja tanpa prejudis. Terima kasih atas kenangan tu.

2 Tahun berlalu di Sekolah menengah sultan abdul halim, 2 tahun tulah yang benar-benar mencorakkan aku kepada apa yang aku tunjukkan sekarang. 2 tahun tu lah yang mengajar aku erti persahabatan sebenar. 2 tahun tulah aku berjumpa dengan orang yang tak mungkin dapat dicari ganti. 2 tahun tu lah aku belajar bagaimana nak menghadapi hidup. 2 tahun tulah aku belajar berkongsi kegembiraan dan kesedihan kawan-kawan. Terima kasih Jenan atas peluang menjadi manusia yang tahu apa erti rakan, sahabat, senior, kebanggaan, keseronokan dan kesedihan.
Mac 2001 sampai Mac 2002 di matrikulasi...Ramainya rakan, banyak yang dah kita tempuhi walaupun hanya setahun kat sana. I might created an enemy there but deep in my heart, i'm very sorry for what i did fadhil.harap ko maafkan aku. Harap hang faham yang itulah pertama kali aku short tempered. apapun..setahun di matrik memang banyak karenah manusia..tapi korang masih percaya pada aku..korang masih berkawan dengan aku..
2 tahun yang berakhir dengan kekecewaan di UTM skudai.Pada rakan-rakan, terima kasih kerana masih mengambil berat atas nasib yang menimpa diri ini. Sungguhpun korang dah warning aku awal2..aku tetap tak ikut nasihat dan apa yang berlaku merupakan mimpi ngeri bukan sahaja pada aku tetapi jugak korang. Tapi korang masih support aku dengan kata-kata semangat. Atas doa korang jugaklah aku di sini. atas dorongan korang jugaklah aku masih dalam arena pendidikan nih. Even korang ramai yang dah kerja korang still ingat n bertanya khabar aku. Minta maaf lah atas kehilangan aku sebagai teman korang masa konvo..nasib aku di sini..di pulau pinang.
Kat sini..aku dikenali ramai..aku ada ramai kawan..tapi yang slacknya..tetiba lak datang sorang mamat nih yang tak pernah aku senang dengan kata-katanya. aku memang anggap dia musuh..bukan musuh dalam pelajaran..bukan musuh dalam perjuangan..tapi musuh yang memang pandai bermain kata-kata..pandai membuat mimik muka. pandai bermuka-muka...pandai TIKAM DARI BELAKANG..nasib baik memang dari dulu aku TAK PERNAH ANGGAP KAWAN...Nasib baik aku tak pernah terhutang budi..Nasib baik aku dah pernah agak yang pandangan matanya memang bermaksudkan yang aku nih bermasalah..Orang nih la pertama kali yang ajar aku keperitan kena tikam dari belakang..I'm not a good person..but i'm familiar with forgiveness..biasanya aku terus ignore..tapi dalam kes nih..siap engkau..TERIMA KASIH kerana mengajar erti bermusuhan..Terima Kasih kerana memburuk-burukkan aku tanpa membenarkan aku menjawab satu pun tuduhan2 yang telah dilemparkan..Terima kasih kerana pengalaman nih..Sakit..memang sakit..mungkin inilah balasan terhadap apa yang pernah aku buat kat hang fadhil...apa pun...benda nih lagi menyakitkan daripada dipukul(tak pernah kena pukul pun, dengan bapak aku ada laa)..aku rela bertumbuk daripada memperjudikan nama baik aku, nama jawatan aku dan nama kawan-kawan aku yang lain..
Bagi kawan-kawan yang membaca..ketahuilah yang korang adalah nyawa aku selepas keluarga aku, korang tahu apa nak buat kalau aku ada buat salah. Korang tahu tegur aku..Terima Kasih Kerana menjadi KAWAN aku...Terima Kasih atas doa dan ingatan kalian..terima kasih kerana masih percaya pada aku..

Terima Kasih kerana masih berprasangka baik pada aku
Yang Benar
Mohd Hafiz Safwan Md Rijani
Mohd Hafiz Safwan Md Rijani
0 people wrote something:
Post a Comment