Hafiz Safwan Thought That...

A thought of my self.."Be civil to all; sociable to many; familiar with few; friend to one; enemy to none." Benjamin Franklin

Pages

EXAM TAMAT

Assalamualaikum warahmatullah.
Yeahhhh!!!!!!!! Akhirnya tamat jugak paper final bagi semester nih.


Esok genap 2 tahun aku di UiTM Pulau Pinang. 2 tahun dah buat diploma. 2 tahun berhempas pulas. 2 tahun yang bermakna. 2 tahun yang banyak kasik pengalaman kat aku.


Dalam 2 tahun nih jugakla ada saja benda baru aku jumpa. Kawan-kawan, organisasi yang best(Mutiara) , staf yang best..tapi kurangnya..aktiviti yang best.


Feels like i’m not giving myself a good time. I need a vacation badly. I need to be love by somebody..Oh tidakkkkkk...((hahahahaha))


Teringat zaman kat UTM dulu. Semua prog. yang aku join ada jiwa yang tersendiri. Feel dia agak berlainan dari kat UiTM nih. Mungkin sebab perbezaan organisasi. Kelanasiswa ialah kelab manakala JPK lak representatives kolej kediaman. Matlamat Prog pun berlainan. Kalau dulu bab pembangunan kendiri tu agak jelas dalam setiap program. Tapi kat sini prog dirangka untuk keseluruhan pelajar kolej.


Pada masa nih gak aku teringin nak pegi berjalan-jalan, karaoke ngan memember, gi tgk wayang, main boling...wahhhhhhh..boling...sudah lama aku tidak pegang itu bola...dah berapa lama ekkk...last skali sem lepas kat sungai petani masa hari keluarga pejabat bapak aku. Kepada kaki boling yang nak ajak aku main..jom arrrr..


Cuti sebulan akan bermula 27 November dan tamat pada 2 Januari. Untuk orang yang sayang sgt kat uitm nih (aku laa), 27 hb tuh aku mula tugas jadik paramedic Karisma(sukan Uitm) sampai 3 Disember. 18 Disember aku kena balik ke kampus lapor diri untuk kursus OC (orientation committee)..cuti ku hanya 15 hari...that’s why i said earlier..i really need a good outback vacation..gi pulau mana2..sorang2..kalau nak ikut pun rakan-rakan atau kekasih jer(ada ke??)..


Ok la kawan-kawan..ingat daku cuti nih..KITA ENJOY...
(lately, i heard a story about a group of friends who were called up by this guy. He told them to stay away from me because i might use them as tools to take over the MPP. i was pictured as a person who will ruin them and other irrelevent allegations..this is something about how i treasured friends more than him)

Musuh, perkataan yang jarang aku fikirkan ketika hidup nih rasa indah bila dikelilingi kawan-kawan. Seingat-ingat aku laaa, selama aku hidup ni, tak pernah aku label sesiapa pun sebagai musuh. Walaupun banyak orang yang aku kenal buat benda-benda yang menghakis kepercayaan aku terhadapnya,aku tak pernah simpan dendam atau ambil hati macam yang aku tengah alami nih.
Apa yang nak aku katakan kat sini, kepada sahabat-handai, rakan-rakan dan taulan, saudara-saudara aku, terima kasih sebab percaya pada aku. Terima kasih sebab menyokong aku. Terima kasih sebab memilih untuk berkawan daripada bermusuh dengan aku. Baru sekarang aku tahu, bukan mudah nak buat orang suka kat kita. Bukan mudah nak elak orang berperasangka buruk kat kita. Dan bukan mudah nak jadikan seseorang musuh.
Bagi yang mengenali siapa Mohd Hafiz Safwan Md Rijani atau Busu atau Matpit, Hafiz, Safwan atau apa sahaja gelaran yang hangpa panggil aku. Kebanyakkannya yang kenal masa zaman kanak-kanak akan kata aku nih pondan. Suka menangis masa bergaduh. Suka mengacom kat cikgu. Senang terasa. Manja dan banyak lagi. Tapi hangpa tetap berkawan dengan aku. Tetap lantik aku jadik ketua pengawas masa darjah 4. Tetap anggap aku nih ahli 5 sekawan(terpengaruh ngan novel penyiasat 5 sekawan). Tetap datang ke rumah walaupun last skali kena halau dengan mak aku. Masih meletakkan kepercayaan pada aku untuk menganggotai team robot masa darjah 6. Terima kasih bagi kenangan-kenangan manis tu.
Bagi yang kenal aku masa sekolah menengah. walaupun nombor L009 masa di SMKANT menjadi nombor keramat setiap pagi masa perhimpunan atas pelbagai kesalahan asrama(cadar tak cekang, katil kotor,tak bertugas). korang tetap berkawan dengan aku.Walaupun aku masih lagi dengan perangai lama yang suka menangis, korang tetap berkawan dengan aku. Walaupun akulah manusia yang paling tak smart skalik kat sekolah tu, korang tetap berkawan dengan aku.
Bagi rakan-rakan sekolah rendah yang menjadi rakan sekelas masa form 3 di Methodist Nibong Tebal, hangpa masih percaya pada aku. Hangpa yang lantik aku jadik ketua kelas pada hari pertama aku menjejakkan kaki ke kelas 3 mesra. hangpa masih berkawan dengan aku walaupun dah 2 tahun aku tak pernah call atau hubungi hangpa sepanjang aku kat SMKANT. Hangpa jugalah yang mengajar aku untuk berkawan dengan sesiapa sahaja tanpa prejudis. Terima kasih atas kenangan tu.
2 Tahun berlalu di Sekolah menengah sultan abdul halim, 2 tahun tulah yang benar-benar mencorakkan aku kepada apa yang aku tunjukkan sekarang. 2 tahun tu lah yang mengajar aku erti persahabatan sebenar. 2 tahun tulah aku berjumpa dengan orang yang tak mungkin dapat dicari ganti. 2 tahun tu lah aku belajar bagaimana nak menghadapi hidup. 2 tahun tulah aku belajar berkongsi kegembiraan dan kesedihan kawan-kawan. Terima kasih Jenan atas peluang menjadi manusia yang tahu apa erti rakan, sahabat, senior, kebanggaan, keseronokan dan kesedihan.
Mac 2001 sampai Mac 2002 di matrikulasi...Ramainya rakan, banyak yang dah kita tempuhi walaupun hanya setahun kat sana. I might created an enemy there but deep in my heart, i'm very sorry for what i did fadhil.harap ko maafkan aku. Harap hang faham yang itulah pertama kali aku short tempered. apapun..setahun di matrik memang banyak karenah manusia..tapi korang masih percaya pada aku..korang masih berkawan dengan aku..
2 tahun yang berakhir dengan kekecewaan di UTM skudai.Pada rakan-rakan, terima kasih kerana masih mengambil berat atas nasib yang menimpa diri ini. Sungguhpun korang dah warning aku awal2..aku tetap tak ikut nasihat dan apa yang berlaku merupakan mimpi ngeri bukan sahaja pada aku tetapi jugak korang. Tapi korang masih support aku dengan kata-kata semangat. Atas doa korang jugaklah aku di sini. atas dorongan korang jugaklah aku masih dalam arena pendidikan nih. Even korang ramai yang dah kerja korang still ingat n bertanya khabar aku. Minta maaf lah atas kehilangan aku sebagai teman korang masa konvo..nasib aku di sini..di pulau pinang.
Kat sini..aku dikenali ramai..aku ada ramai kawan..tapi yang slacknya..tetiba lak datang sorang mamat nih yang tak pernah aku senang dengan kata-katanya. aku memang anggap dia musuh..bukan musuh dalam pelajaran..bukan musuh dalam perjuangan..tapi musuh yang memang pandai bermain kata-kata..pandai membuat mimik muka. pandai bermuka-muka...pandai TIKAM DARI BELAKANG..nasib baik memang dari dulu aku TAK PERNAH ANGGAP KAWAN...Nasib baik aku tak pernah terhutang budi..Nasib baik aku dah pernah agak yang pandangan matanya memang bermaksudkan yang aku nih bermasalah..Orang nih la pertama kali yang ajar aku keperitan kena tikam dari belakang..I'm not a good person..but i'm familiar with forgiveness..biasanya aku terus ignore..tapi dalam kes nih..siap engkau..TERIMA KASIH kerana mengajar erti bermusuhan..Terima Kasih kerana memburuk-burukkan aku tanpa membenarkan aku menjawab satu pun tuduhan2 yang telah dilemparkan..Terima kasih kerana pengalaman nih..Sakit..memang sakit..mungkin inilah balasan terhadap apa yang pernah aku buat kat hang fadhil...apa pun...benda nih lagi menyakitkan daripada dipukul(tak pernah kena pukul pun, dengan bapak aku ada laa)..aku rela bertumbuk daripada memperjudikan nama baik aku, nama jawatan aku dan nama kawan-kawan aku yang lain..
Bagi kawan-kawan yang membaca..ketahuilah yang korang adalah nyawa aku selepas keluarga aku, korang tahu apa nak buat kalau aku ada buat salah. Korang tahu tegur aku..Terima Kasih Kerana menjadi KAWAN aku...Terima Kasih atas doa dan ingatan kalian..terima kasih kerana masih percaya pada aku..
Terima Kasih kerana masih berprasangka baik pada aku
Yang Benar
Mohd Hafiz Safwan Md Rijani
This is what i wrote in Buletin Mutiara.A bullettin for my collage.feel free to comment anything bout it..
(Apa yang ditulis bukanlah hasil ilmiah yang diperolehi daripada pengajian atau pendidikan formal atas subjek yang diketengahkan. Ia hanyalah nukilan hasil daripada pengalaman yang dikutip sepanjang berkecimpung dalam organisasi pelajar Universiti. Semoga apa yang ditulis dapat membantu sedikit sebanyak kepada sesiapa sahaja yang membacanya)

Pengurusan saya takrifkan sebagai satu siri perancangan dan pelaksanaan sesuatu menggunakan sesuatu sumber. Sumber yang selalunya dikaitkan dengan pengurusan adalah masa, aset dan liabiliti. Saya menganggap anggota sesebuah organisasi sebagai aset yang berharga, lebih berharga daripada aset-aset fizikal lain seperti kemudahan pejabat dan barangan berharga. Ia merupakan asas kepada organisasi itu sendiri.

Bagi Pengurusan Organisasi, sumber yang terlibat adalah berkenaan dengan kewangan, aset dan yang paling penting ialah organisasi itu sendiri. Pengurusan organisasi memerlukan skil, pengalaman dan karisma yang tinggi dalam menentukan kejayaan dan keberkesanaan sesebuah organisasi.

Sebelum saya pergi lebih jauh dalam membincangkan soal ini, saya ingin memberikan satu contoh mudah sebuah organisasi. Lihat JPK sebagai contoh.
Fungsi JPK ialah menjadi suara kepada pelajar-pelajar kolej kediaman dan pada masa yang sama merangka dan melaksanakan program-program kolej yang telah diluluskan oleh Pejabat Hal Ehwal Pelajar. Ia ditadbir oleh Presiden, Naib Presiden, Setiausaha, Bendahari dan Exco-exco yang diwujudkan atas keperluan JPK.

Perkara pertama yang paling penting dalam pengurusan organisasi ialah memahami fungsi organisasi itu sendiri. JPK merupakan saluran pelajar kolej dalam mengetengahkan isu-isu kolej dan merangka serta melaksanakan program kolej. Oleh itu, terdapat beberapa pecahan yang menyebabkan wujudnya keperluan untuk mempunyai Exco-exco yang hanya fokus kepada sesuatu perkara.
Isu-isu kolej biasanya melibatkan perkara-perkara seperti kebajikan pelajar, keselamatan, kualiti makanan, kemudahan pengangkutan, penginapan dan asas, kebersihan, disiplin pelajar, kekondusifan tempat tinggal dan lain-lain lagi. Program-program pelajar pula melibatkan unsur-unsur kebudayaan, kerohanian, sukan dan rekreasi, keusahawanan dan banyak lagi.

Apa yang diperlukan oleh JPK ialah beberapa jawatan yang fokus kepada perkara yang telah saya sebutkan di atas. Maka wujudlah apa yang kita kenal sebagai Exco yang merupakan ketua bagi sesuatu Biro yang fungsinya dikhaskan untuk perkara-perkara yang telah disebutkan.

Pun begitu, terdapat lagi perkara bakal membebankan JPK sekiranya saya hadkan perhatian terhadap perkara-perkara yang telah saya sebutkan di atas. Antaranya mengenai hal-hal teknikal setiap program dan JPK sendiri, Hal-hal jemputan dan protokol setiap program, hal–hal pengurusan, pentadbiran dalaman dan program, hal-hal penerbitan dan makluman serta hubungan luar. Perkara-perkara inilah yang menjadi asas bagi pembentukan jawatan-jawatan JPK. Perwujudan jawatan yang diasaskan daripada keperluan yang disebutkan merupakan asas yang ke-2 terpenting dalam Pengurusan Organisasi.

Sekarang, 2 perkara telah saya jelaskan iaitu fungsi dan perwujudan jawatan berkaitan organisasi. Perkara ke-3 yang ingin saya sentuh di sini ialah pengisian jawatan-jawatan yang telah diwujudkan. Ramai yang berpendapat bahawa perkara sebegini tidak terlalu penting namun ia adalah faktor kejayaan sesebuah organisasi.
Kualiti dan kebolehan seseorang yang ingin kita serapkan dalam organisasi perlulah mengikut kehendak organisasi. Sesetengah jawatan memerlukan lebih daripada semangat dan keazaman yang tinggi. Kemahiran, pengetahuan dan pengalaman adalah kriteria yang amat penting dalam menyusun organisasi yang bakal diwujudkan.
Bersambung…•

Hasrul Farhan's Wedding Invitation...


This is what he qouted in friendster's Bulletin Board.. Aku dah dilantik secara rasmi untuk jadik tukang jemput..oleh itu..harap aku leh pegi..rasanya boleh kot pegi..tgk arr


Assalamualaikum.Aku nak jemput semua sahabat2 yang mengenali aku untuk menghadiri Majlis Perkahwinan aku yang akanberlangsung sekitar bulan Disember 2005.Kepada semua sahabat2 aku di :


Sek Keb Tunku Raudzah ( SKTR - UPSR 1995 )
Sek Men Keb Agama Kedah ( SMKAK - PMR 1998 )
Sek Men Sultan Abdul Halim ( SMSAH - SPM 2000 )
Kolej Matrik Neg Sembilan ( KMNS - Ambilan 2001 )
Sahabat2 di UTM SkudaiFasilitator PPGM 2004
Pers Keb Pelajar Islam Malaysia ( PKPIM )
ABIM KedahABIM JohorPers. Siswazah Negeri Kedah ( PERSIDA )
Kesatuan Pelajar Islam Johor ( KPIJ )
dan sahabat2 aku yang aku tak tersebut... ramai sangat..hehe...

Jemput datang ke RUMAH AKU :Pada 25 Disember 2006

No 32, Taman Kiara, Jln Datuk Kumbar, 05300 AlorStar, Kedah

ATAU

ke RUMAH ISTERI AKU :Pada 9 Disember 2006

43-1 Jalan Tambak Bugis, Bukit Lintang 75460 Melaka

Dan sesaper yang berkelapangan aku harap bolehsend alamat terkini untuk aku hantar kad jemputan.Hantar kan kepada :
farhan : 019-6610144

isosiklopentana@yahoo.com

Wassalam....

President's Thought That We Should do something About it

Sebentar tadi baru jer dapat surat perlantikan sebagai Presiden Kolej bagi sesi Disember06 - November 07. Menyambungkan kembali tugas, berat rasa bahu nih. Rasanya masih belum cukup lagi bagi aku pengalaman satu sem berkecimpung dalam arena kecil sosial kolej dan politik kampus. Mana taknya..i thought that i've seen it all..tapi ada ja benda yang berterusan datang. Sebagai pemimpin, sebagai kawan, sebagai pelajar, sebagai hamba Allah, aku sedar yang aku tak adil pada diri sendiri. Tapi bila ingatkan aku dah jadik adil ngan orang lain, ada jugak laa yang salah anggap. Puncanya, mulut orang...benci gilaaaaa....warghhhhhh...

Sebulan lepas, Lin(pengerusi Kolej Baiduri) tanya aku pasal hal aku kutuk dia dalam meeting Mutiara. ?????Blur kejap masa tuh. Seingat aku laaa..Kutuk takder..tak setuju tu ada laa..and i clearly state it..takdak pun kutuk2..semuanya pasal tindakan Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK) Baiduri yang wajibkan pemakaian tudung pada hari Isnin dan Jumaat. Yup, aku tak setuju atas sebab2 kapasiti kuasa dan peranan JPK. Tapi baiduri nampak keperluan untuk buat benda camtu, disiplin budak makin teruk. Keperluan untuk peraturan macam tu agak mendesak tapi aku takleh nak implement kat Mutiara. Seriously aku respek Baiduri sebab diorang boleh kontrol budak2 diorang. Even aku takleh wat camtu. Dan aku cakap jelas dalam mesyuarat Mutiara yang Mutiara takkan buat macam tu disebabkan kapasiti kuasa dan peranan JPK. Kenapa ada orang salah tafsir. Luckily, Lin memang pro sebab berusaha mendapatkan penjelasan aku. Dan aku jelaskan sebaik mungkin cuma aku agak terkilan. Terkilan sangat sebab ada orang salah anggap hal yang pada aku patutnya menjadi hal Mutiara. Meeting dalaman tak sepatutnya sampai ke pihak lain. Kalaupun aku kutuk, tak sepetutnya benda tu keluar dari meeting tanpa pengetahuan aku. Aku tahu sapa diri aku, kuli jer untuk budak kolej. aku bukan pemimpin. Buat apa aku nak rosakkan hubungan baik Mutiara, Zamrud ngan Baiduri.

Then satu lagi lak masalah bila ada yang anggap dipinggirkan dan diburuk2kan oleh aku. Lagi sekali aku jadik pelik. Bila masa aku ada kata apa2 kat dia nih. Rupanya2 sebab nama dia ada dalam list pertama panggilan ke mesyuarat pertama JPK Mutiara yang baru dan setelah list baru keluar 24 jam kemudian nama dia hilang. Takdak kaitan ngan aku pun. Bukan aku yang buat keputusan terakhir.Bukan aku yang lantik pun. Tapi sampai citer aku lak yang merendah2kan dia, haik??? nak jadik cerita lawak...aku takleh anggap macam tu sebab libatkan maruah orang..nak jadik cerita X-files mungkin boleh kot...Aku respek mangsa nih sebab aku penah bekerja ngan dia sebagai OC (orientation committee)..aku tau cara dia wat kerja dan memang dia boleh diharapkan.. pasal dia tak terlantik jadik JPK tu jgn laa point kat aku sebab bukan aku yang decide..yang aku nk jadik marah nih sebab cerita2 tak enak dari aku yang melibatkan dia..Mintak2 laa orang yang aniaya aku ngan budak tu menemui keinsafan yang sejati..Dosa ngan Tuhan mintak ampun kat Allah...tapi kalu dosa sesama manusia..mencarilah ngko kat lautan manusia Hari Kiamat nanti..aku tak simpan dendam dan marah..aku maafkan sapapun yang terlibat..cuma aku harap orang yang rasanya menjadi MANGSA AKU...datang dan dapatkan pengesahan dari diri aku yang tak hensem ini...TOLONGGGG LAAA...

Sebelum perletakan jawatan yang lepas, MPP baru UiTMPP dah dilantik dan ada ura-ura nak panggil meeting JPK 3-3 kolej ngan MPP..Ada juga ura-ura nak letak JPK bawah MPP, Core Business ialah kebajikan pelajar Kolej. Sebagai orang yang menjadi ayam tambatan JPK..aku kena ambil kira budak2 aku jugak..setakat nih..100% tak sokong..so outcome dia dah jelas..apapun..akan ada benda yang tak memuaskan hati semua kat UiTMPP nanti....jap aku sambung lain
Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin