Hafiz Safwan Thought That...

A thought of my self.."Be civil to all; sociable to many; familiar with few; friend to one; enemy to none." Benjamin Franklin

Pages

There was an error in this gadget

It's 4 am....31st August 2009 - Warkah buat Ibunda dan Ayahanda



Salam Merdeka buat semua.

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Kebangsaan ke 52 kepada semua RAKYAT MALAYSIA terutamanya semua pembaca blog yang tak berapa dilawati sangat ini..hehehe



-------Kelahiranku------------

31 ogos adalah tarikh kelahiran ku..tanggal ini pada tahun 1983 jam 1.20 pagi di Hosp. Daerah Sg. Bakap, seorang wanita telah bertarung nyawa untuk melahirkan anak sulungnya. Anak sulungnya kini sedang menaip warkah yang sedang anda baca.

Kepada ibundaku, Pn. Hamidah Binti Sukaroo, anakanda ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana telah melahirkan, menjaga, menyusu, memberi pakaian, perlindungan, kasih sayang, pendidikan dan segala-galanya buat diriku. Maafkan anakanda kerana masih belum dapat membalas jasa ibunda yang tidak mungkin mampu anakanda balas sepenuhnya. Anakanda bersyukur kerana dilahirkan oleh seorang ibu yang solehah, yang taat kepada Allah S.W.T, suami dan keluarga juga seorang pendidik yang sangat berdedikasi terhadap anak didiknya tanpa mengira kaum dan agama. Terima Kasih Ibunda.

Kepada Ayahanda, En Md Rijani Bin Md Ibrahim, Anakanda juga ingin mengucapkan terima kasih atas segala2 yang telah ayahanda curahkan kepada anakanda. Anakanda bersyukur kerana telah dikurniakan seorang bapa yang sangat penyayang dan sanggup berkorban demi keluarga. Anakanda memohon maaf atas segala kesusahan yang telah anakanda lakukan kepada ayahanda dan bonda. Anakanda berjanji untuk berjaya dalam pelajaran dan seterusnya dapat membantu agama, bangsa dan negara kita.

Kepada Ayahanda dan Ibunda yang ku cintai, doakanlah semoga anakanda mu ini kuat dalam menghadapi segala cabaran hidup dan dijauhi dari segala musibah. Anakanda mohon restu ayahanda dan bonda untuk meneruskan perjuangan anakanda yang belum lagi selesai.

Salam Sayang daripada Anakanda mu

Mohd Hafiz Safwan Bin Md Rijani
Muhammad - Yang Terpuji
Hafiz - Penjaga/Pelindung
Safwan - Bersih, ikhlas


2 people wrote something:

sedihla plak aku baca warkah ko ni.. kasih ibubapa tiada bandingan..

 

YEAH...PELINDUNG DAN PENJAGA...BERTEPATAN DENGAN ANDA... GAGAGAGA....

-nhhas

 
Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin