Hafiz Safwan Thought That...

A thought of my self.."Be civil to all; sociable to many; familiar with few; friend to one; enemy to none." Benjamin Franklin

Pages

There was an error in this gadget

Nedik n Aweknya...hehehehe

Actually, I want to upload some of the wedding pictures here...but I stumbled across this news from Harian Metro Online-

Oit kawan2..nedik masuk paper...hahahaha..huiyoo.

I Quote:“Saya beruntung kerana bercinta dengan senior sendiri kerana secara tidak langsung dia banyak menurunkan tip berguna terutama apabila menjelang peperiksaan,” katanya yang mendapat Gred Mata Terkumpul Kumulatif (CGPA), 3.84.

-Nak carik junior jugak laa....hahahahaha(junior takpa...jangan minor)

Kampus: Inspirasi cinta

Oleh Nor Azura Abdul Jalil
zura@hmetro.com.my

kepada Wan Junaidi, semalam." title="GEMBIRA...Nadiah menunjukkan diploma yang diterimanya
kepada Wan Junaidi, semalam."
GEMBIRA...Nadiah menunjukkan diploma yang diterimanya
kepada Wan Junaidi, semalam.

SHAH ALAM: “Orang kata bercinta boleh melalaikan tapi bagi saya, cinta memberi inspirasi dan semangat untuk lebih berjaya dan hari ini saya sudah buktikan tidak salah bercinta ketika belajar asalkan tahu batas-batasnya,” kataPenerima Anugerah Naib Canselor, Nadiah Zulkapli, 21.

Beliau ditemui ketika Majlis Konvokesyen ke-69 Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini, semalam.

Menurut Nadiah, teman lelakinya, Wan Junaidi Wan Ariffin, 23, yang juga seniornya di Fakulti Kejuruteraan Mekanikal sentiasa membantunya dalam pelajaran dan sering memberi nasihat berguna.

“Dia sentiasa mengingatkan saya walaupun bercinta, jangan hingga abaikan pelajaran dan apabila berada di dalam kelas mesti sentiasa fokus pada subjek yang diajar pensyarah,” katanya.



Beliau berkata, nasihat itu diikutinya sehingga dia berjaya meraih keputusan cemerlang dalam pembelajaran yang berakhir dengan penerimaan diploma dalam bidang berkaitan.



“Saya beruntung kerana bercinta dengan senior sendiri kerana secara tidak langsung dia banyak menurunkan tip berguna terutama apabila menjelang peperiksaan,” katanya yang mendapat Gred Mata Terkumpul Kumulatif (CGPA), 3.84.

Nadiah yang kini menyambung pelajaran di peringkat ijazah dalam bidang kejuruteraan mekanikal berkata, ibu bapanya mengetahui dia mempunyai teman lelaki dan tidak pernah menghalangnya, tapi sentiasa berpesan supaya tidak mengabaikan pelajaran.

“Ibu saya selalu pesan, tidak salah bercinta ketika masih belajar asalkan jangan keterlaluan hingga pelajaran entah ke mana.

“Nasihat itulah yang saya pegang sampai hari ini dan syukur akhirnya penat lelah saya selama tiga tahun akhirnya berbayar dengan penganugerahan yang diterima ini,” katanya yang berasal dari Selangor.

1 people wrote something:

hahahahhaa
aku pon tpranjat, bukak2 paper tgk muke nedik... hehehehe rezeki die... dpt gk masuk paper... hrp2 jodoh bpnjgn n nedik pon nnt score cm die gk... jgn tapau abg long sudah hehehehe

 
Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin