Salam,
Sekali lagi gagal untuk nak upload gambar sebab lembab sangat(ada dalam 1000 lebih gambar untuk di uploadkan padahal yang aku nak publish sikit saja)
Cuma terdetik untuk nak menulis selepas aku terserempak dengan cikgu masa sekolah rendah dan kebetulan di tempat yang sama terjumpa dengan anak murid aku masa mula-mula aku mengajar dulu.
Petang tadi aku dengan Muim(adik no-3) gi bersenam(joging) kat Taman Nuri, 800m dari rumah aku. Masa tengah buat regangan, aku ternampak dari jauh raut wajah yang sangat dikenali iaitu Mr. John Fernandez atau lebih aku dan rakan-rakan sekolah rendah kenali dengan panggilan Cikgu John. Dia pernah pulas telinga aku dan rotan aku sebab sebarkan cerita tak betul(kira macam sebar fitnah) sebab aku report kat dia yang budak sekelas ngan aku Pak Ali (nama betul Fazli Hamzah) mengintai budak perempuan kat tandas. Semangat aku berkobar-kobar nak repot sebab yang diintai itu adalah Faezah Nor(aku tak tau ejaan sebenar nama budak pompuan nih..dah tak ingat nama penuh dia pun). Hehehehe...aku suka budak tu dulu. Masa tu darjah 2 daaa..My 1st Crush!!!!....hihihihi..Masa tu tahun 1991.
Apapun Cikgu John masih ingat pada aku dan adik aku(Hilmi) cuma agak konfius tentang yang mana satu Safwan dan yang mana satu Hilmi. Tapi yang penting dia ingat dan boleh recall nama aku. Dia kirim salam kat mak bapak aku dan ucap selamat. Aku kemudian meneruskan agenda berjoging aku.
Tengah dok joging aku ditegur oleh seseorang, raut wajah yang sangat aku kenali cuma penampilan fizikal lebih berbeza dari yang aku kenal dulu. Anak murid dari sekolah yang pertama aku pernah mengajar iaitu S.K Nibong Tebal. Aku ajar dia masa dia darjah 5(2002), sekarang ini dah habis SPM dan tengah bosan dok kat rumah sebab tak dak kerja nak dibuat. Aku cam muka sebab dia antara yang aku pernah denda sebab nakal dan kelasnya dipenuhi dengan budak-budak yang pandai dan dia adalah salah seorang scorer kat dalam kelas 5 Melur.
Perbandingan aku dengan cikgu John...Cikgu John ingat nama aku, tapi aku tak ingat nama budak tu...wahahahaha....Segan.
Aku bukanlah guru yang baik. Meskipun dah 6 buah sekolah yang aku pernah mengajar, takdak satu pun sekolah yang aku ajar lebih dari 3 bulan. Paling lama adalah di Sg. Kecil pada tahun 2004. Itu pun cuma 3 bulan.
Sempatlah aku berkongsi pengalaman kena tendang dengan si budak nih..bukannya apa...nak terapkan pemikiran yang baik supaya dia tak jadi macam aku di masa akan datang.
Apa yang aku kesalkan, cikgu-cikgu sekarang ini suka menerapkan perkara yang tak betul dalam pemikiran budak-budak. Kita mungkin pernah dengar kata-kata ini daripada mulut cikgu kita, "Alah, sekarang ni saja awak susah untuuk SPM, lepas ni kat universiti dah rilek dah..tak susah macam ni,"
Apa yang budak-budak ini paham adalah berkenaan kesusahan belajar dan kepayahan nak score dalam SPM. Kat Univ lebih rilek dan tak perlu bersusah payah. Sedangkan cikgu tu gagal nak relate tentang ilmu yang dipelajari zaman sekolah ni akan memudahkan pengajian mereka di Universiti.
Aku bukannya nak blame cikgu-cikgu aku, cuma rasanya setiap statement yang keluar daripada mulut cikgu tu sepatutnya difikirkan kesannya terlebih dahulu.
Baru-baru nih aku ada terima msg dalam friendster dari seorang junior dip mechy kat penang. tanya aku susah atau tak degree kat Shah Alam..jawapan aku " Makin tinggi tangga yang kita panjat, makin lama makin penat dan makin susah untuk dipanjat," macam mana sekalipun..ia memang payah. Kena terima tu semua.
Aku bersyukur sebab ada jugak anak murid yang ingat aku walaupun aku cuma ajar diorang kurang dari 3 bulan. Harapan aku semoga budak-budak ni jadik manusia yang baik...tak menyusahkan orang macam aku nih. Semoga hasrat melahirkan individu yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan berjaya dilaksanakan.
Kenangan aku di Sekolah Rendah Kebangsaan Methodist Nibong Tebal akan aku kenang selalu kerana aku dah tak nampak keseronokan ke sekolah macam yang budak-budak zaman sekarang.
Exam oriented, tak dak keyakinan diri yang tulin(boleh bercakap tapi macam robot dan hanya ikut skrip...padahal tak petah langsung bila berkomunikasi). Menang pidato tapi bila kena temuramah jadik kaku. Lebih risau tentang markah yang dia dapat dalam periksa daripada risau tentang petang ni ada kartun apa kat TV. Lebih kurang masa untuk bersosial kerana jadual tuisyen, kelas agama, dan kelas aritmetik terlalu padat(sampai sabtu ahad pun ada kelas). Tak tahu kemampuan diri kerana tak dak peluang untuk kembangkan potensi akibat perubahan jadual (seperti yang diarahkan oleh guru besar kerana nak kejar prestasi dalam UPSR). Kelas seni jadi kelas matematik, PJ jadi kelas Bahasa Melayu, Muzik jadi kelas English, Sivik, moral dan pendidikan Islam jadi kelas Sains. Pada aku, sudah tidak wujud semangat untuk mewujudkan MANUSIA di kebanyakkan sekolah yang aku lihat.
Aku tak heran bila ada budak umur 12 tahun bunuh diri. Aku tak heran bila ada budak 8 tahun terjun lombong sebab takut kena marah bila gagal dapat A. Aku tak heran bila ada budak yang jadi gila bila umurnya mencecah 15 tahun kerana tekanan peperiksaan. Aku tak heran kalau ada yang TAK JADI ORANG bila dah habis sekolah kerana tak tahu potensi yang ada dalam diri akibat pegangan EXAM ORIENTED teaching nih.
Cikgu John ajar Muzik dan English. Every boys and girls must communicate with him in English. Dia garang tapi budak-budak tak takut nak bercakap atau nak tegur dia. Masa aku sekolah time petang, dia akan selalu berada kat dalam dewan dan bermain piano dalam dewan tu(lagu-lagu yang dimainkan adalah lagu-lagu dalam buku Muzik tahun 5 dan 6). budak-budak tak akan berlari keluar dari dewan sebab seronok sangat menyanyi lagu-lagu tu beramai-ramai. (problemnya kat tepi dewan tu ada longkang besar dan budak-budak selalu jatuh dalam tu).
Aku pernah ke sekolah tu kembali, nak amik lauk yang mak aku tapau dari kantin(masa tu mak aku jadik PK ko-ku kat situ)..pemandangan menyedihkan, landskap dah berubah, aku terkenangkan pokok bunga kertas yang di maintain oleh Cikgu Md Zain dengan cantuman tunasnya yang sangat menjadi. Aku terkenang Rock Garden tempat kami selalu usung kerusi keluar dan cikgu Suzana akan buat kelasnya di situ. Aku terbayang Pusat Sumber, tempat yang menyimpan semua permainan yang selalu kami usung ke kelas untuk dimainkan ketika cikgu tak datang. Aku terbayang bilik Muzik yang ada peralatan yang kebanyakkannya aku pernah sentuh dan belajar pakai (walaupun aku takdak bakat dalam Muzik). Tebayang peralatan seni dalam bilik guru yang selalu digunakan semasa seni.
Aku betul-betul berharap yang budak-budak zaman sekarang mampu merasai kegembiraan aku masa dulu. Namun segala-galanya makin jauh dan makin sukar untuk dicapai.
" Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara".