Hafiz Safwan Thought That...

A thought of my self.."Be civil to all; sociable to many; familiar with few; friend to one; enemy to none." Benjamin Franklin

Pages

There was an error in this gadget

Berkenaan Aktiviti di Kampung Halaman

Aku di Nibong Tebal, Pulau Pinang.



Pulang dari Shah Alam semenjak hari Rabu, 29 April yang lepas. Alhamdulillah, aku berjaya memperbetulkan kepala hotak aku sedikit yang semakin serabut walaupun exam telah tamat beberapa hari sebelum aku balik.

Sampai jer di rumah petang itu, aku melantak nasi beriani yang bapak aku beli kat Tajuddin (Little India, Penang)..sedapnya tak terkata (mungkin disebabkan oleh sejumlah dadah jenis morphine & derivatives yang terkandung di dalamnya akibat penggunaan kas-kas yang berlebihan).


Esoknya(Khamis) pagi2 lagi aku gi hantar parents aku ke airport Bayan Lepas sebab depa ada lawatan sambil belajar ke Padang dan Bukit Tinggi di Indonesia. On the way balik singgah kedai Bik Niah dan ke kampung jumpak embah..gila lama betui tak balik aku nih sampai depa boleh kata aku makin tembam. Ni rasanya effek rambut baru aku nih laa..aku timbang berat badan aku lepas tu dan aku dapati tiada peningkatan berat badan langsung..maintain jer sejak tahun lepas.


Jumaat, Atemal (adik no 4 yang tengah dalam kursus persediaan di MIAT) balik. Aku buat bihun sup..tapi tak habis makan...sebab tawar. Aku namakan Bihun Sup Sihat!!!

Malam tu kitorang supper ngan kambing. Paman No (adik bongsu mak aku) belanja aku dan adik2 makan kambing kat Kg. Pelet, Penanti. Aku ngan Emi makan lamb chop dan malam itu aku melelapkan mata kui 5 pagi.

Pemakan kambing..Izzati dah juling2 mata nak makan kambing. Atemal dengan rambut Noh Hujan yang akhirnya dipotong

Ahli Mesyuarat Kambing. Pembelanja malam itu adalah Paman No (Mr. Hussin Sukaroo - baju merah, Terima Kasih tak terhingga... Bebiri Potong itu sangat sedap!!!!)

Lamb Chop yang berakhir di dalam perutku malam itu.


3 drpd 4 orang yang makan lambchop malam itu ialah aku, Emi dan Pak Usu..Cayalah biri2


"Kalau tak habis takpa, pass kat abang Beef Steak tu," Emi cuba mengayat isterinya selepas tertarik ngan beef steak itu. Dibalas Hasni dengan " Takpa bang, boleh habis punya...Bukan sorang ja yang makan ni tau..Ni kat dalam perut nih pun nak makan tau,"


Nina(sepupu) dan Hasni dengan Beef Steak mereka. Order terakhir malam itu.


Sabtu aku menggegaskan diri aku untuk membuat kerja2 fotografi aku. Kamera terpaksa pinjam Cikgu Latif punya sebab yang kami punya bapak aku bawak gi indon. EOS 350 itu menjalankan tugasnya dengan baik walaupun motornya sudah mula kedengaran kasar. Shutter pun bunyik kuat gila. Kepada pasangan pengantin Novy & Ben (Taman Rantu Damai 2 Mei 2009)...Hangpa memang sporting. (Tiada gambar yang dapat ditunjukkan sebab aku pulangkan kamera tu terus)



Sabtu malam, disebabkan kanak2 2 orang nih tak makan tengah hari sebab aku tak dak dan sebab atemal terlalu kenyang makan roti canai yang aku beli pagi tu..aku bawak depa gi parit buntaq makan kat KFC.


Ahad tu mak bapak aku balik..gi amik kat airport ngan Izzati. Singgah makan di Kassim Mustapa Seberang Jaya..How yeah..Nasik Kandar!!!




Isnin..nothing much..basuh baju, basuh pinggan..beli lauk..tu jer laa.




Tahniah buat Ahmad Nazri Abd Rahim(membe sejak darjah 1) kerana telah menerima ahli keluarga baru iaitu adik ipar(sama kes la kita..adik kawen dulu). Tahniah kepada Ahmad Faizal Abd Rahim(adik kepada nazri dan jugak membe sejak darjah 1) kerana telah bergelar suami. Tahniah daripada aku dan keluarga aku untuk hangpa sekeluarga.

Saja tgh boring dan tgh jiwa2 skit.



Entah!!!


namun sesuatu yang pasti..I'm missing someone..sapa tuh?..

((Kepada para pembaca..penulis masih lagi cuba defrag kepala hotak dia..harap faham keadaan semasa beliau yang kini tgh kusut memikirkan tentang masalah2 dalaman negara dan masyarakat yang kini menghantui sebahagian besar penduduk Malaysia))





3 people wrote something:

aaaaaahhhh sedapnya lamb chop tuuuu!!!

Missing someone and masalah negara?? hmmmm...i can smell something here! :D





~coffeeaddicts~

 

Dr. Ida dan Bik Aida(Coffeeaddicts)-wohoo..sangat sedap..tempat tu kan konsepnya restoran di sebelah kandang kambing..Seriously..keluar dari kereta jer dah terbau bau2an yang kurang menyenangkan..nasib baik tempat makan kitorang jauh sikit dari kandang tu dan tak open air...tapi ramai betul orang malam tu.

Ada jugak yang terjumpa..hehehe..Biasa la bik aida..umur pun dah lanjut dah nih..nak kena pikir soal mendirikan masjid jugak..hehe

 
Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin