Hafiz Safwan Thought That...

A thought of my self.."Be civil to all; sociable to many; familiar with few; friend to one; enemy to none." Benjamin Franklin

Pages

Tunang, Nikah, Kahwin..Ada Anak... dan 12 Jam di Dewan Bersalin Teluk Intan

Assalamualaikum,

Saya bertunang dengan gadis pilihan hati yang saya kenali sejak di bangku universiti masa tgh buat diploma lagi pada 23 Januari 2012. Kemudiannya saya nikah dengan dia pada tarikh 23 Jun 2012.. seterusnya, isteri saya telah melahirkan seorang bayi lelaki pada tanggal 24 March 2013, jam 9.29 pagi di Hospital Teluk Intan.

Alkisah..

13 March 2013 - Sabtu

Aku dijadualkan untuk outstation ke Sitiawan, Ipoh, Taiping dan Georgetown, aku dah plan nak bawak dia skali dan drop di rumah mertua. Namun takdir Allah.. ada kejutan buat kami di awal pagi hari tersebut.

"Abang, perut nih sakit sangat," ujar si isteri yang dari pagi lagi dah rasa something wrong dengan perut. Bergeraklah kami ke DE*C di shah alam jam 3.30 pagi berkenderaan Proton Wira 1.5 bapak aku yang absorber tayar depan dah tak main sebab leaking. Bawak macam pelesit jalanan..bezanya tiada gaya superman sebab kami drive..bukan rempit..

"Saya suspek isteri kamu dah nak bersalin, jap lagi kita bawak dia gi atas utk buat CTG," Ujar seorang doktor yang dahulunya pernah refer shikin ke hosp putrajaya sebab dia suspek shikin kena appendik masa awal mengandung dulu.

Aku dah suspen.. 20 min ctg tu memang ada tunjukkan satu contraction...yeah..cuma satu dalam masa 20 minit dan anggaran bacaan cuma 60.

"Betullah..dia memang nak bersalin, tapi sempat lagi awak nak bawa dia ke mana2 hospital lain. Awak tahukan berapa hospital nih charge kalau nak bersalin kat sini. Kampeni awak cover tak?" ujar doctor yang tampak yakin dengan diagnosisnya namun tidak dengan kebolehan aku untuk membiayai rawatan isteriku.

"Doc buat surat ke Hosp Teluk Intan. InsyaAllah..kalau tak sempat ada Hosp Sg Buluh. Kalau tak sempat lagi ada Hosp Slim River, semua tu within 30-45mins driving jer," ujar aku yang ketika itu dah prepare secara mental untuk menghadapi sebarang kemungkinan.

Namun hampeh..sampai jer di teluk intan, tiada lagi kesakitan dan tiada apa2 tanda nak bersalin. Further checkup dengan seorang doktor berpengalaman - FALSE ALARM -

AKu tersenyum jer..next day sambunglah kerja ke Taiping dan seterusnya ke Georgetown.

Sehinggalah ke tarikh berikutnya:

23 March 2013

Pukul 1 petang - Rilek2 tgk tv..ralit...rupa2nya dah pukul 1..nak pi kenduri kawen tokon...seorang sahabat semasa di Jenan dahulu.. Tokon akhirnya dah mengakhiri zaman bujang.. 13 tahun kami tak berjumpa.. jam 3.30 barulah aku bertolak ke Teluk Intan..

Sampai jer, Shikin suruh pegang perut dia.. "Cuba abang rasa, perut sayang nih macam dah cekang,"
Yup..memang cekang dan keras.. kejap2 rasa sakit tapi sikit.. "Dah nak bersalin?" aku tanya...

"Erm... tak kot..," ,mendengar jawapan itu..aku pun dismisskan segala kerisauan yang melanda benak aku semenjak menerima aduan perut cekang itu tadi.


24 March 2013

Menjelang tengah malam, lebih kurang jam 12.. secara tiba2 dia rasa sakit tapi tak leh explain.. dan intermittent (sekejap2) ..menjelang 12.30 dia tak tahan n ajak gi spita (orang teluk intan sebut spita, bukan hospital)

Sebelum tu aku dah standby bag dia dah.. terus angkut and bawak gi hosp teluk intan.

Kat Hosp Teluk Intan ada tempat khusus utk bersalin. Namanya Dewan Bersalin tapi takder rupa dewan pun aku tgk. Bangunan yang ada tempat reception juga merangkap waiting area. Terus di bawak masuk dan senyap sampailah ke pukul 3.00 pagi..

pukul 3 pagi, nurse kata shikin tido, doc bagi ubat tahan sakit sebab contraction dah makin kuat namun tiada bukaan lagi.

Sementara tu aku isi masa lapang dengan berbual. Ada tak kurang dari 8 waris/suami kepada mereka yang bakal bersalin malam tu.. Salah seorangnya adalah schoolmate shikin sendiri yang isterinya menunggu nak bersalin jugak..cuma usia kandungan mereka baru 38 minggu berbanding shikin yang dah cecah 39 minggu.
CamWhore sambil menunggu..Jam 2.57 pagi

Macam2 cerita!!!!

Dari 8 ada lebih kurang 6 anak sulung. Daripada 8 ada lebih kurang 7 anak lelaki. Daripada 8 orang 5 kena ceaserean malam tu jugak.. dan daripada 8 orang, 7 bersalin malam tu juga dan isteri kawan shikin tu akhirnya bersalin pada hari rabu setelah 3 hari lebih di wad.

Ada satu brader nih..tgh tunggu wife bersalin..anak sulung katanya.. rupanya anak sulung dari isteri no 2.. isteri 1st ada anak 7 orang dah.. dan anak2 isteri first nih dok jaga mak tiri di hosp...NICE!

Akhirnya aku tak larat n tido dalam kereta..terjaga dalam pukul 5.30 pagi.. cuba jenguk2 tapi tak nampak apa.. last2 shikin sendiri yang panggil suruh keluarkan bag. Masa tu dah 4 cm..dan contraction makin kuat.

Sehinggalah jam 8 pagi, doc panggil nak jumpa dengan aku bagitau jantung baby "Tak berapa nak cantik," so they have to bring the baby out via Cesarean method.. Thought that I might need to sign the paper so I wait.. along with my mother in law and father in law.. until the time was 11.30am,

ish..takkanlah lama sangat depa nih..

bila mak mertua aku tanya kat kaunter rupanya baby dah di hantar ke wad..

sampai jer di wad...

Ada drama sket.. biasalah.. anak sulung.. bapaknya pun sebak2 jer azan di telinga kanan diselang seli dengan ketawa kecil teringatkan satu punch line ustaz yang bagi ceramah masa kursus kawen kitorang dulu tentang azan dan iqamat baby yang baru lahir..

Selesai azan dan qamat, aku belek kad dan rekod baby.. rupanya baby dah lahir jam 9.29 pagi lagi!!.. apsal lepas 2 jam baru kitorang tau??? (aku senyum jer lah time nih.. nak kata apa? baby selamat..alhamdulillah.. semua orang buat silap..takder yang perfect)

nampak ada calar di tepi mata kiri dia.. "Tajam betul kuku anak aku sampai calar muka sendiri masa dalam perut lagi nih," Ujar aku yang begitu husnuzon.

Baru jer nak cari maknya.. rupanya dia kena usung masuk wad dah.. berderai lagi ayaq mata tengok dia dok terbaring ja.

So.. here it is..

Muhammad Hadif Salahuddin Bin Mohd Hafiz Safwan (Yang Terpuji, bermatlamat kebaikkan agama)
(Name given on the 3rd day 27 March 2013)

P/s:
1. Wife aku diberi pilihan samada mahu ditemani suami semasa pembedahan atau tidak. Dia pilih tidak. (Bukan aku yang tak mau aaaaa.. hehehehe padahal penakut.)
2. Calar di mata baby tu adalah kerana kecuaian kecil. Kami berlapang dada setelah shikin menerima permohonan maaf dari nurse terbabit. sikit sangat.
3. Sokongan dan doa dari semua, ahli keluarga saya dan isteri serta kawan2 kami adalah amat kami hargai. Terima Kasih.
4. Sehingga post ini ditulis (30/3/2013) shikin dan baby masih lagi di Wad sebab shikin demam. doc nak pastikan dia tak demam sebelum keluar wad. Alhamdulillah kedua2nya baik2 saja
5. Lawak ustaz yang buat aku gelak kukikuki masa tgh azan tu "Bayi Islam yang baru lahir mesti di azankan di telinga kanan dan di iqamatkan di telinga kiri. Jangan pulak tanya Azan Makkah ka Azan Madinah? Jgn dok azan betui2 macam muazzin "ALLAHHHHHHHHHH.... Huakbar AllahhhhhhuAkbar!!!" Sambil buat gaya ala2 kuatnya suara muzzin Madinah.
6. Aku pilih Muhammad Hadif...Shikin pilih Salahuddin.. rupanya Opah (Mak Mertua) dan Tok Wan (Bapak aku) suka sangat nama Salahuddin tu.. Alhamdulillah.
7. Ye..nama dia memang panjang...
8. Special thanks to Ustazah Siti Aishah yang clarifykan nama hadif dan ejaan arabnya. Siap bagi cadangan nama.. InsyaAllah..hat no 2 nanti saya letak ..hehehe
9. Special Thanks to
-Staf2 Dewan Bersalin HTI
-Staf2 wad GC, Hospital Teluk Intan yang begitu komited dalam kerja. Terima kasih atas input2 yang berguna kepada kami yang baru bergelar ibubapa nih. 0 knowledgelah katakan.
- Guard Hosp Teluk Intan yang membantu memberi pelepasan untuk aku jumpa wife aku yang sangat2 perlukan bantuan pada awal2 kelahiran baby.
-Staf wad 3D tempat baby spend 1 malam bermandikan cahaya UV sebab kuning. Terima Kasih!
10. Aku cadangkan hospital nih sebagai hospital yang sesuai utnuk sesiap nak lahirkan anak.. friendly staff and nice environment. InsyaAllah.. your wife and baby will be taken care off nicely. We know.. we were there for 7 days now.
11. Biasanya.. cuma 3 hari saja bagi yang bersalin cara cesarean. Namun sekiranya ada komplikasi.. maka expect untuk stay lama sket. Boleh kata semua yang dalam wad GC tu keluar awal (bergantung kepada tahap penyembuhan)
12. Ye..air mata aku tumpah banyak hari tu.. suatu pengalaman menginsafkan.. Buat bakal2 ayah.. nasihat aku.. berilah kata2 peransang yang baik kepada isteri yang nak ke labour room. Beritahu yang:
-anda redha pada dia.
-anda doakan agar dia dan baby selamat
-ingatkan dia apa jua ketentuan Ilahi adalah baik. Sekiranya ajalnya di situ ketika itu, maka berbanggalah dan bersedialah kerana ganjarannya syurga (Syahid)
-seandainya umur baby tak panjang, berbahagialah juga kerana telah termaktub bahawa ganjarannya juga adalah syurga dan dia memanti di pintu syurga nanti.



Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin