Hafiz Safwan Thought That...

A thought of my self.."Be civil to all; sociable to many; familiar with few; friend to one; enemy to none." Benjamin Franklin

Pages

Hadiah Buat Kekasih

Assalamualaikum Warahmatullah

Bagi yang anti dengan kisah cintan-cintun nih, mohon agar dapat menerima pandangan peribadiku ini dengan sebaik mungkin.

Sejak 4 tahun lepas, aku mencari calon isteri. Alhamdulillah, aku temui seseorang lebih kurang 3 tahun lepas. Memulakannya dengan bersahabat, sehingga pada suatu ketika masing2 menyampaikan perasaan hati.

Perjalanan seterusnya agak berliku dan goyah. Namun, takdir Allah penentu segalanya. Akhirnya sehingga kini kami masih bersama dan sedang merancang untuk mengakhiri segalanya dengan ikatan perkahwinan untuk memulakan fasa baru.

Sedikit pesanan buat rakan2 sejantina denganku yang 'straight' atau yang telah kembali ke pangkal jalan. :p

Aku dah lihat beberapa rakan yang 'bermain2' dengan jantina yang satu lagi tu.. dan jugak sebaliknya..

Ingatlah... hidup nih tak lama.. teruskanlah buat macam tu kalau ada rasa masih nak 'bermain2'.

Bagi yang masih mencari, tetapkanlah niat di hati untuk mencari calon isteri atau suami. Bukan untuk mencari pakwe dan makwe. Jika dah jumpa, cepat2 dapatkan restu ibu bapa si dia (bagi lelaki). Beritahu niat anda, dan berterus terang dengan ibu bapa anda.

Aku tak berhasrat nak suruh orang contohi aku. Cuma nak berkongsi apa yang kami lalui sehingga ke hari ini.

Setelah lebih 2 tahun berkawan rapat, aku dah kenal semua ahli keluarga dia. Cuma dia belum berjumpa ngan parents aku lagi. Sehinggalah selepas raya tahun lepas, aku temukan dia ngan mak bapak aku di KLIA semasa menghantar adik aku yang no 4 tu (dia nak balik rusia). Bermula dari situ, segalanya berjalan dengan pantas. Aku berkesempatan menyampaikan niat aku untuk menghantar parents aku datang berbincang dengan parents dia sedangkan aku target untuk buat sedemikian lewat sebulan lagi. Seterusnya, parents aku datang rumah dia untuk merisik bulan 11/2011.

Bagi lelaki, sekiranya anda dah tahu yang anda telah berhenti mencari... teruslah berbincang dengan ibu bapa anda.. mohon restu diorang untuk sampaikan isi hati anda. Sampaikan hasrat anda kepada si Perempuan dan duduk berbincang tentang langkah2 yang telah anda atur untuk ke arah perkahwinan. Mohon kerjasama dari si dia, dan mohon ruang untuk berjumpa dengan ibu bapa dia.

Bagi perempuan, sekiranya anda yakin bahawa si jejaka itulah yang akan jadik Imam anda... Sampaikanlah hasrat si lelaki kepada ibu bapa anda secara kias2an. Bantu si dia untuk memudahkan lagi urusan.

Mungkin sesetengah tak pasti atau tak tahu cara atau adat. Jangan risau. Kebanyakkan mak bapak nih dah agak moden dan tak mahu menyusahkan anda.

Bagi si Lelaki, mungkin anda boleh ikut langkah-langkah yang saya dah aturkan di bawah ni:
1. Tetapkan target anda - dalam masa setahun / 2 tahun dari sekarang anda akan berkahwin.

2. Berbincang dengan pasangan anda. Tanya sama ada dia mahu atau tidak dahulu.. tak mahu nanti kita yang lebih2 tapi si dia masih belum bersedia. (Kalau dia masih belum bersedia, anda boleh : Beri lebih masa / Cari yang lain..maaf, mungkin ada yang akan melenting..tapi fikirkanlah..ia ibadah..kenapa perlu tangguh?)

3. Jika si dia bersetuju dan dah bersedia, mohon kerjasama agar dia dapat fikirkan cara bagaimana untuk anda bersemuka dengan parents dia. (Aku target nak bincang time dia konvo...tapi 'ter' awal lah pulak).

4. Bila mak bapak dia dah berada di depan anda, pastikan bahawa suasana itu sesuai untuk anda bercakap. Kalau bapak dia tgh layan bola (kena lak team faveret dia tgh main) janganlah teruskan jugak.. rilek dulu.
Baca doa Nabi Musa (Rabbish shrahli sodri dan seterusnya sampai habis sambil pandang muka kedua2nya), tarik nafas panjang dan selawatlah...pastu sampaikan hasrat hati.. bahawa anda mahu membawa ibu bapa atau wakil anda untuk berbincang tentang hubungan anda dan dia. Aku jenis ikut adat... Jadi, tak proper kalau anda shoot direct macam nih "Mak cik dan Pak cik, saya nak kawen dengan anak Pak cik dan Mak cik yang bernama ....," Itu urusan orang tua. Tugas anda hanya untuk sampaikan maksud ibu bapa anda yang mana diorang dah bersetuju untuk pergi ke rumah awek anda.

5. Di takdirkan Allah, anda telah mendapat kebenaran daripada orang tua si dia. Duduk berbincang dengan parents anda pulak tentang tarikh nak pergi tu.Anda juga perlu berbincang dengan si dia sebab mungkin tarikh tu tak sesuai (Mak bapak dia nak gi umrah ke atau ada majlis ke).

6. Bawaklah tanda (mungkin sebentuk cincin untuk tujuan risik). Ia menunjukkan bahawa anda memang sangat berminat sementara menunggu untuk bertunang.

Hal seterusnya adalah urusan ibubapa anda dan dia (Kalau ikut style aku lah)..kalau tak anda kena fikirkan sendiri.


Saja nak share pengalaman ni.. Moga bermanfaat.

:)

Setahun..

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh.

Lama tak menulis... Lama benor.. (apahal kuar loghat pelik2 nih)

:p

Tentang tajuk.. Genap setahun saya bekerja sebagai seorang eksekutif pengurusan projek. Alhamdulillah.. syukur ke hadrat Ilahi atas limpah kurnianya terhadap saya dan keluarga saya.

Nothing much left..
Ipoh is my next project...
Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin