Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim.
Aku mohon padamu Ya Allah,
Permudahkanlah urusanku,
Jadikanlah ilmu yang engkau kurniakan pada ku berguna untuk agamaMU, ibu bapaku, kaum keluargaku, guru-guruku dan rakan2ku.
Aku mohon padamu..
Permudahkanlah urusanku, jangan lalaikan aku dengan dunia agar aku tak lagi terpesong dari jalanMU.
Tunjukkanlah aku jalan yang benar, jalan yang Engkau redhai. Tunjukkanlah jalan yang patut aku ambil selepas semua yang aku lalui ini berakhir.
Sesungguhnya Engkau yang Maha Mengetahui isi hati aku ini.
Jauhkanlah dia dari segala gangguan. Rahmatilah dia dan permudahkanlah urusan hidupnya.
Kalau dia buruk untuk aku dan keluarga aku, jauhkanlah dia dari aku.
Kalau dia yang terbaik untuk aku dan keluargaku, engkau dekatkanlah dan mudahkanlah urusan kami berdua.
Kurniakanlah aku jodoh yang terbaik untuk ku.
Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Hafiz, Ya Hakim, Ya Azim, Ya Jabbar, Ya Mutakabbir. Ya Samii, Ya Zal Jala Liwal Ikram