Hafiz Safwan Thought That...

A thought of my self.."Be civil to all; sociable to many; familiar with few; friend to one; enemy to none." Benjamin Franklin

Pages

RAYA , Tunang , Kahwin , Gaduh , Cerai

Mesti korang tertanya-tanya pasal Title yang agak sensasi nih..hehehe..nak tahu baca sampai abis..

Assalamualaikum buat rakan2 yang membaca blog aku. tak sangka ada ramai yang membaca benda2 boring yang aku tulis..ada kata BEST..hehehe thank you...ada gak yang kata HAMPEH, JIWANG, TAK ROCK...sapa suruh baca, gua blues rock babe!!!..hehehe. Apa pun inilah agaknya titik tolak kepada terhasilnya penulis blog berpengaruh di abad ini. Pun begitu harap-harapnya korang sudi-sudilah tinggalkan komen hapa2..

RAYA
Bercakap mengenai raya,23 tahun dah hidup nih suasana raya mula jadi macam "asyik benda sama jer tiap2 tahun,". Raya Pertama di rumah kat Taman Berjaya nih. Menu pagi di rumah ialah roti benggali yang dicicah ngan gulai daging mengenangkan zaman2 semasa arwah nenda sebelah ayah masih ada(Lagipun kitorang sekeluarga peminat setia makanan camtu). Then terus gi Jawi (5km jer dari umah) untuk beraya ngan sanak sedara sebelah mak aku. Pada yang tak tahu, belah mak aku keturunan jawa + cina..so pagi raya tu lauk lodeh, sambal goreng dan apa yang bersangkut paut ngan tempe n jawa ada la time tu. That's why ada yang hairan bila aku boleh makan tempe goreng sambil kuah kari belambak2 dalam pinggan masa kat UTM dulu. Aku ingat lagi bila Timb Pendaftar HEP (masa tu la) kata kat aku,"saya tak tau pulak ada mamak yang makan tempe,"
Semasa kat Jawi raya pertama tu, kami sepupu-sepupu nih diketuai mak sedara aku n suaminya berkunjung ke rumah tok-tok menakan (tok sedara) yang lebih selesa kami panggil Embah Chik,pada yang tak tahu embah tu bukan orang gaji tapi panggilan untuk nenek @ datuk manakala bibik pulak bukan orang gaji tapi makcik. Paman pulak bermaksud pakcik. kalu korang ada dengar Embah Wedok..wedok tu maksudnya pompuan, Embah Lanang...lanang tu lelaki..tu jer la perkataan jawa yang aku pakai selalu..kampung embah2 chik aku area sg bakap jer..tak jauh pun..ada la dalam 3 rumah..then balik ke Jawi balik..makan satu round lagi.Terus balik umah tido.
Raya Kedua pulak, setelah nenek yang aku panggil maktok(mak kepada bapak aku) meninggal(1997), kitorang dah takder tempat yang nak dituju time raya. Atas masalah itu, adik beradik bapak aku berpakat-pakat untuk buat penggiliran setiap tahun sapa yang jadik host untuk buat sambutan raya. Memang dikhaskan raya kedua tu untuk side bapa aku. Tahun nih, abg bapa aku yang ke-2 menawarkan diri. Tempatnya Taman Peruda, Sg. Petani. Masa nilah aku nak jumpa sepupu-sepupu belah bapa yang agak jarang aku jumpak tapi rapat. Adik beradik bapak ada 9 orang, 8 lelaki (sorang meninggal dah) dan last skali pompuan. kat sini kebanyakkan bapa saudara aku panggil mamu.Memandangkan keluarga bapak aku keturunan mamak(actually Burma + India + Melayu), panggilan mamu,mami memang biasa dalam keluarga nih.
Raya Ketiga pulak selalunya, dok umah tunggu sapa yang nak datang, selalunya adik beradik mak n bapa yang on the way pulang ke selatan singgah makan tengah hari atau semayang sebelum menyambung perjalanan. ada gak membe ofis bapak yang datang, anak murid mak, kadang2 sangkut gak anak murid aku.
Tapi tahun nih lain sket..jiran merangkap membe semetrik n se-UTM tiba2 ajak gi umah Suraya(Se-SMKANT n Se-UTM).Aku, fazriq n fareez(Se-SRKMNT n Se-SMKANT) jer asalnya tetiba terjumpak si Khairul Adzlinda(Se-SRKMNT n Se_SMKANT),beraya umah dia dulu..lepas tu dia pun join..pergilah kitorang ke rumah suraya..jumpak lak dengan Nani (Se-SMKANT)..lepas beraya umah suraya kitorang patah balik pegi umah Yanie (Se-SMKANT n Se-SMKMNT).lepas tu pegi Tasek, umah Emmy Norsuhaina (se-SMKANT)..balik dari umah Emmy terus gi rumah fareez and last skali umah aku...for the first time..tak pernah lagi aku kuar beraya umah member sampai jauh tuh..semua tu mula dari si fazriq..rupanya dia pun dah nak pindah dah..
Tu lah..rasa macam menyesal la pulak..time sekolah dulu malas n malu sgt nak beraya umah budak2 pompuan, yang budak lelaki memang selalu dah aku pegi..tapi takdak la sampai banyak umah sekali harung camnih.time-time nih la tukar2 cerita pasal hal masing2..pasal membe2 lain yang dah kawen. pasal membe yang dah bertunang, pasal yang sakit, pasal sekolah, pasal cikgu dan macam2 lagilah. Time nih la yang masih belajar macam aku n 2-3 orang yang lain menagih duit raya dari yang telah bekerja...wahahahaha..even aku pun dapat duit raya tau dari ADIK aku tau..

TUNANG
Raya ke-3 juga kali nih ada berita sensasi..Normi Bt Abdul Hadi rakan se-SMKANT kitorang yang jugak merupakan lecturer kat UiTM Permatang Pauh tempat aku belajar bertunang. Tak tau ngan sapa, ia mengundang pelbagai spekulasi. Adakah dia??? katanya bukan ..hahahaha..aku pun tak kenal sapa..apapun..tahniah.

KAHWIN
Esok, Ahad (29/10) rakan sepermainan masa kanak2 dulu Shaherman atau lebih dikenali ngan nama Boy akan kawen ngan suri pilihan hati. Dah siap diijabkabulkan jumaat (27/10)..Selamat Pengantin Baru untuk mereka.

GADUH & CERAI
Malas nak cerita...Hehehehehe,,,actually aku tak suka langsung bila dengar cerita nih. Apapun nasihat aku buat rakan2 yang dah berkahwin ngan yang dah melangsungkan perkahwinan, jgn duduk kat umah mentua atau rumah mak bapak korang..duk kat rumah lain...mula2 aku pikir macam takder masalah jer dok ngan mentua atau mak bapak kita, tapi setelah diyakinkan oleh rakan2 lain..aku terpaksa setuju gak. Kadang-kadang cerita dalam televisyen jenis drama rumahtangga tu jadik kat dalam real life.aku ingat fiksyen semata-mata, rupa2nya ada jugak..kena kat membe adik aku sendiri lak tu.haih..apapun, nasihat aku,kalu korang lelaki, korang kena rasional n jelas dengan apa yang berlaku. jgn biar diri korang marah, kecewa atau depress sgt sebab takut nanti mempengaruhi perkara yang tak sepatutnya korang buat. Yang perempuan pulak, kawal diri n perasaan. Ada ilmu, bertindak ikut orang berilmu, jgn hilang arah panduan. Apa-apa jadik consult kawan-kawan n saudaramara yang boleh dipercayai dan sentiasa menyokong kita. Mintak jauhkanlah semua malapetaka dalam perkahwinan..
Penutup
apapun aku nak jemput korang gi Blog aku yang satu lagi..
http://www.skidezourus.blogspot.com
apa saja yang aku akan letak kat situ nanti akan aku letak juga kat sini.. tak leh wat html atau css kat sini..lawat2lah bila ada masa free..tinggalkanlah comment kalu rasa nak kutuk atau nak puji..gua open beb..
So Wish u All Selamat Hari Raya
Maaf Zahir dan Batin
Mohd Hafiz Safwan Bin Md Rijani

2nd File ((Deadliest Weapon))--> SMILE

Smile for a while..it's raya..forget the sadness..look at all the food served..eat what u want..don't give a damn about the calorie content..seek forgiveness from everyone..and turn ur radar on 24-7 for DUIT RAYA...hehehe..quite odd for a 23 years old guy to talk about DUIT RAYA...in my family, if u r still called student, you'll get DUIT RAYA even if ur 30 years ol'. Older than that???dunno..never happened yet..

My brother..who is a year younger than me is now a teacher,,teaching in selangor and this is the first raya that he is required to fork out money to give out duit raya..it's an obligation..u have to give duit raya when u r no longer called student...even i got RM 50 from my brother...Malu..tapi mahu...hahahaha...

as someone who has so many friends and fans..((HEHEHE))..i'm here to wish eberibodi

Selamat Hari Raya Aidil Fitri
Mohon Maaf Zahir Dan Batin

1st File..(Alien which was taken as a hostage during a gunfight drama)

hi There..it's my first time here..first time as a person who is taking bloging as a hobby...my adopted hobby..hehehe...for the time being.i'm too busy to fill it with stories or thought..but..i'll try..

Testing...Testing...

!st time using this..still wonder where,what and how to put things in here...
Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin