I'm in Nibong Tebal, listening to some Japanese music from Naruto Shipuuden soundtrack. I'm here for friends wedding. Ahmad Faizal n Rijalur's
Something about my environment:
Dalam taman perumahan tempat aku tinggal iaitu Taman Berjaya, terdapat satu kelompok budak2 yang lahir pada tahun yang sama terutamanya di lorong rumah aku. Bermula dari K-Own(Khairul Adzlinda Md Akhir), Fareez (Khairul Fareez Hanafi), Yani (Izyani), Rijalur (Shidin), Fazriq(Fazriq Roselim), Aku (Mohd Hafiz Safwan), Bijam (Azam), Boy (Shaherman), Faizah, Yazid, Amelia dan 'Od (Fitri). Antaranya termasuklah Ahgar yang tinggal di taman bersebelahan (sekarang dah satu taman dah). terdapat 3 kumpulan kanak2 iaitu yang lahir pada 1982 (Alan, Ba'I) , 1983 (yang aku dah sebut tadi) dan 1984 (adik aku dan rakan2 termasuklah adik fazriq yang cun..hehehe)
Kehidupan kami semasa kecil diwarnai dengan musim2 sukan yang menarik. Gasing, Layang2, Badminton dan bola sepak. Pengaruhnya tentulah kemenangan Piala Thomas (1992), Kickers (kartun) dan permainan popular di kedai Yishun (gasing dan layang2). Zaman kami membesar bersama2 agak menyeronokkan. Mungkin tak sehebat kanak2 kampung tapi pada aku cukup untuk aku imbau kenangan manis bersama2. Kini ramai yang telah bertukar status dari bujang kepada telah bertunang atau berkahwin. Kepulangan aku kali ini adalah untuk meraikan sorang lagi sahabat iaitu Rijalur.
Kumpulan kanak2 sebaya ini dipecahkan lagi kepada 2 sekolah rendah iaitu SRK Methodist N. Tebal dan SK Nibong Tebal (SK Ninja Turtle). Aku, Fareez, K-Own ke methodist dan yang lain2 ke SKNT. Perbezaan ini tidak menyekat aktiviti petang kami. Adakalanya kami masuk kelas tuisyen yang sama. Disebabkan persamaan umur inilah aku selalu dibanding2kan ngan budak2 lain..sebabnya aku malas.
More about sekolah rendah:
Fareez merupakan anak kepada pasangan pakcik Hanafi dan makcik Salmah. Makcik Salmah seorang guru yang mengajar di SM Methodist bersama2 mak aku. Ini menyebabkan kami mempunyai sedikit persamaan. Fareez sejak darjah 1 berada di kelas Biru. Masa tu SRK Methodist takdak class streaming, itulah kelas dari awal darjah 1 sampai habis darjah 6. Aku ingat lagi rupa kanak2 dia nih. Rambut kerinting, badan macam gempal tapi sebenarnya tak gempal mana pun. Seingat aku dia orang pertama bawak basikal mountain bike gi sekolah masa darjah 6. Sejak kecik kami pi sekolah sama2. Kadang2 jalan kaki..kadang2 naik basikal. Sebelum pi sekolah kami selalu beli popia kat ada makcik sorang tu..dah arwah dah makcik tu pun. Kadang2 beli nasik lemak kat dia. Persamaan kami juga adalah pada mak kami. Keduanya cikgu dan kedua2nya kontrol kitorang dengan tegas. Biasa laa anak cikgu..
Dalam kelas Merah, terdapat 2 orang adik beradik yang lahir pada tahun yang sama tetapi tidak pada tarikh yang sama. Ahmad Nazri Abd Rahim dan Ahmad Faizal Abd Rahim. Keduanya2 merupakan pelajar melayu yang dapat 4A dalam UPSR darjah 6. Depa ni memang pandai..tak pi tuisyen langsung tau. Ahmad Nazri bersifat protective terhadap adiknya dan begitu juga dengan Ahmad Faizal. Depa ni pulak bersaudara dengan cikgu Khatijah Babjan (guru kelas pemulihan). Aku pulak dah macam penghuni tetap kelas pemulihan tu walaupun aku tak perlu masuk kelas tu.
Rathika Rajendran ialah salah seorang pengugat kedudukan ke-3 dan ke-4, selalunya fight2 ngan rakan2 lain seperti Nazri, Faizal, Bard (amirul akhbar), Suganthi, Hanizah. Aku pulak selalunya dok dalam league kedudukan ke-9. 10 ke atas tak pernah dapat. Tak pernah marah..seingat aku laa. Tapi dia memang pandai. Banyak kali tolong bagi aku tiru kerja rumah..hahahaha. (Can you still remember it ika?)
((I'll relate them in another story after this))
Kenangan di sekolah rendah memang manis. Banjir selalu melanda. hehehe..Banjir pertama dalam sejarah aku di sekolah tu adalah ketika di tahun 1 dan berterusan sehingga ke tingkatan4. Ingat lagi saat hujan mencurah2..sampai satu tahap loceng kecemasan dibunyikan..banjir selalunya tak lebih paras lutut (masa darjah 1 pakai seluar pendek..tu yang aku ingat tu)..bila air naik kami akan bukak kasut, angkat kerusi letak atas meja dan tunggu air naik. Masa tu tak boleh keluar. Nak pergi tandas pun tak boleh (sebab tandas pun tenggelam). Sekolah akan tutup awal jadi kami semua suka. Time darjah 3 kot..dah lama tak rasa banjir..air baru sampai kat koridor, Kishok ngan Pak Ali dok scoop air guna penyodok sampah (diperbuat dari tin minyak masak 4 segi yang dipotong 2 tu) masuk dalam kelas untuk membantu kelas banjir dengan cepat..
Guru2 kelas Merah memang aku ingat sangat. bermula dengan cikgu Junaidah(Darjah 1), Cikgu Rafeah (Darjah 2), Cikgu Suzana (Darjah 3), Cikgu Sakrapany (Darjah 4) dan Cikgu Ooi (Darjah 5 dan 6). Antara guru lain adalah seperti Cikgu Md Dali (Kemahiran Hidup), Cikgu John Fernandez (English, Music, Moral), Arwah Ustazah Azmiah, Cikgu Umi, Cikgu Junaina(music), Cikgu Mira Balkis (Music), Ustaz Rahim, Cikgu Md Zain(Pusat Sumber), Cikgu David(PK), Cikgu Ahmad Khairuddin(guru besar), Cikgu Syeikh, Cikgu Salina(KH), Cikgu Norhashim (BM)dan cikgu Khatijah (pemulihan)
Mereka2 inilah insan yang telah membentuk kami untuk menjadi manusia..bukan untuk jadi pandai tapi untuk me'manusia'kan kami. Persekitaran sekolah yang positif juga membantu kami untuk memahami tentang kaum2 lain. Pelajar Cina dan India tak kekok masuk kelas agama time cikgu moral tak datang. Pelajar melayu tak kekok dalam kelas moral waktu ustazah atau ustaz tak hadir atau sibuk..persekitaran yang ideal..oleh itu aku memang menyokong sekolah satu aliran.
Aku kenang kisah2 masa sekolah rendah sebagai kenangan termanis..Yang tak dapat dijual beli. Yang tak dapat ditukar ganti.
*Next post will be about SMKANT
Sabar Dan Teruskanlah
1 month ago
1 people wrote something:
alhamdulillah, x sia2 pengorbanan cikgu2 hang coz hang & kawan2 hang telah menjadi manusia yg dibanggakan..
Post a Comment