Hafiz Safwan Thought That...

A thought of my self.."Be civil to all; sociable to many; familiar with few; friend to one; enemy to none." Benjamin Franklin

Pages

Tanjong Malim...30 Mei 2009

30 Mei 2009. Perjalanan ke sebuah kisah silam.

Mac 2001:
Selepas 2 minggu dapat result SPM, aku ditawarkan untuk menyambung pelajaran di Pusat Matrikulasi Kolej Taj. Sebuah kolej swasta yang diberikan kepercayaan untuk mengajar pelajar matrikulasi bawah Kementerian Pendidikan. Kolej tersebut terletak dalam kawasan Trolak Country Resort, Sungkai Perak. Nama tempat tu saja dah buat aku tawar hati untuk ke sana. Namun, setelah mendapat 'petunjuk' aku menerima tawaran tersebut dengan hati yang terbuka. Kawasannya boleh tahan cantik cuma ketika itu tempat tu agak jauh dari bandar. Bandar terdekat ialah Tanjung Malim (lebih kurang 20-30km dari kolej). Pekan 'koboi' Sungkai memang dekat tapi takdak apa2 sangat. Slim River pun dekat jugak tapi tak se'meriah' Tanjung Malim. Setahun di sana membuatkan pekan tersebut seperti menjadi sebahagian daripada kisah dalam 'buku' hidup aku. Setahun itulah yang mematangkan diri aku. Setahun itulah antara yang terbaik dalam hidup aku. Setahun itu jugalah yang membantu aku untuk jadi siapa aku sekarang meskipun sijilnya tidak lagi berguna untuk aku. Aku tinggalkan Sungkai pada Mac 2002 dan tak pernah lagi kembali melainkan sekali sekala singah di Slim river sebab Bas Era Mesra selalu berenti rehat kat situ.

30 Mei 2009

Aku bangun lambat gara2 melayan movie yang tak terlayan. Setelah bersiap-siap, aku bertolak dari Shah Alam pada jam 1.40 ptg dengan menaiki motorsikal adik aku yang botak tayar belakangnya. Singgah di Shell Seksyen 9 untuk minyak dan kemudian meneruskan perjalanan menggunakan GCE (Guthrie Corridor Expressway). Perjalanan agak menakutkan bagi aku yang tak pernah guna GCE naik moto. Jalan motor tu pulak lebih baik dari di Federal Highway..lebih luas tapi ada beberapa turn yang agak kecik. Berhenti di Rawang untuk isi minyak lagi sekali..tinggal 3/5 tank jer tinggal sebab full throttle sejak dari Shah Alam.

20km terakhir
di kilometer 411.2 arah utara PLUS, moto tetiba rasa goyang..ketika itu aku sedar yang tayar pancit. cepat2 berhenti untuk tgk keadaan tayar yang dah sememangnya botak. Masa tu aku tak dak opsyen lain melainkan meneruskan perjalanan berbaki 20km lagi. Aku keluar di exit Tanjung Malim dan segera mencari kedai moto. Dalam dompet masa tu cuma ada 10 ringgit. Nasib baik foreman tu bawak aku gi Tanjung Malim untuk cucuk duit di sana. kopak RM55.

Bila aku masuk jer pekan tanjung malim tu (masuk ikut jalan lama, lalu jambatan Sungai Bernam) serta merta kenangan silam menerjah kembali ke dalam kotak memori aku. Bundle tanjung malim itu masih di situ, pasar malam, CC tempat aku pernah overnight sebab main Starcraft. KFC tempat makan ramai2 ngan membe2. Stesen bas yang selalunya sibuk ngan bas2 usang dan bas ekspress ke KL dan Ipoh..sayang cendol kat telekom tu dah takdak. Jalan keretapi yang dulunya ada pagar lintasan tapi sekarang ni dah sekat jalan lama tu. Yang menghubungkannya hanyalah satu lintasan kecik untuk pejalan kaki, basikal dan motosikal. Bahagian pekan yang terpisah tu kelihatan mati. arked tempat makan kat situ dah tak meriah. masjid di tepi rel keretapi tu masih di situ. Aku berbuka puasa hari pertama ramadhan tahun 2002 di masjid tu kerana terlepas bas gara2 lama sangat merayau kat pasar ramadhan Tanjung Malim.

Pekan ni ada seribu satu nostalgia buat aku. Jambatan Sg. Bernam tu tempat aku dan rakan2 nampak 'sesuatu' jam 2 pagi. Satu2nya port lepak di pekan itu ialah Pasaraya Angsoka yang kelihatan seperti pasaraya kecil tetapi besar untuk tempat seperti itu. Memandangkan Upsi terletak betul2 di tengah pekan, ia menyebabkan kesesakan lalulintas yang agak teruk suatu ketika dahulu. Namun setelah jalan utama tersebut di sekat oleh landasan keretapi, ia berjaya mengurangkan kesesakan sebab ada jalan lain dibuat untuk menjadi laluan utama untuk masuk ke pekan itu.

Rata2 penduduk di situ peramah. Tak susah untuk bertanya apa2 ataupun untuk meminta bantuan. Perjalanan aku kali ini adalah untuk memenuhi undangan walimatul urus seorang sahabat lama iaitu Adzuan Fahmi atau lebih aku kenali dengan nama Bulat. Rumah dia terletak berhampiran dengan pintu belakang UPSI dan dahulunya pernah dijadikan asrama sewa untuk pelajar perempuan UPSI. Undangan ini aku paksa diri aku untuk penuhi sebab nostalgia lama dan mengenang jasa mak ayah dia menjemput kami beraya aidil adha di rumahnya. Setelah lebih 7 tahun, aku kembali ke rumah itu..huhu..

Sebelum pulang aku gi ziarah seorang lagi sahabat. Aini Yusnina. Dia ni satu kelas ngan Bulat..depa nih budak sains hayat manakala aku pulak budak sains fizikal. Kenduri Aini ialah hari berikutnya (31 Mei 2009). Memandangkan perjalan tadi amat meletihkan aku ambil keputusan untuk tidak hadir dan hanya ziarah untuk ucap selamat. Sebabnya aku dapat kad dan alang2 sampai dekat rumah dia terus singgah jer laa..

Aku puas hati walaupun letih dan ter'kopak' akibat tayar..Nostalgia BEb

1 people wrote something:

walking down the memory lane..
tulis lah lagi.. best baca citer2 lama. =)

 
Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin