Hafiz Safwan Thought That...

A thought of my self.."Be civil to all; sociable to many; familiar with few; friend to one; enemy to none." Benjamin Franklin

Pages

Tersenyum Di AKhir Garisan..Looking Back All The Things I've Done :-)

Assalamualaikum,

Dah lama tak menulis curahan isi hati kat sini. November 2004 adalah tarikh aku mula belajar di UiTM Pulau Pinang. Dan November nih merupakan pengakhirannya. (Insyaallah..doakanlah kejayaanku sahabat-sahabatku)

Sepanjang aku hidup, seperti tajuk blog sebelum ni..aku banyak terhutang budi kat semua orang..start dari Allah S.W.T kerana bagi aku hidup untuk melakukan pembetulan atas kesilapan lampau. Ibu bapa dan ahli keluargaku yang lain kerana menerima dengan redha dan memberikan sokongan dari segi moral dan wang ringgit untuk aku terus belajar. Seterusnya rakan-rakan yang aku kasihi sekalian.

Kawan-kawanlah yang buatkan aku bersemangat jugak nak belajar balik. Aku tak rasa disisihkan langsung dengan semuanya. Ramai yang bagi nasihat. Ugutan pun ada..aku anggap diri aku bertuah sebab ada kawan yang ramai dan banyak membantu secara positif. Pun begitu banyak dosa-dosa aku yang aku dah buat kat kawan-kawan aku yang lain. Itu cerita zaman aku jahil. Pun begitu, sampai sekarang kisah tu mempengaruhi aku. Harap yang lain dapat ambil iktibar. Berfikir dahulu sebelum buat apa-apa pun supaya akan datang, kita tak pandang balik kebelakang dan merasa jijik atas apa yang kita dah lakukan.

Antara yang banyak membantu adalah rakan-rakan yang terbaik dikalangan pelajar UiTM Penang nih. Kebanyakkannya berusia lanjut(macam aku,muda or tua sikit dari aku) dan agak memahami isi hati masing-masing. Aku sedar yang rakan-rakan lain sepanjang hidup aku sebelum di UiTM pun merupakan yang terbaik aku pernah ada dan di UiTM, kualiti rakan-rakan yang sama jugak aku dapat. Masing-masing tahu serba-serbi pasal aku. Masing-masing perati tingkah laku aku sampai aku nak tipu pun tak lepas. Tak dapat nak sebutkan kat sini sebab semuanya baik-baik dan hebat-hebat belaka.

Di UiTM ni, aku banyak belajar dari kesilapan lampau.Syukurlah dengan ilmu pengurusan program yang aku kutip semasa di UTM dulu banyak membantu aku kat sini dalam melaksanakan program-program kolej. Bermula sebagai AJK dalam Fesko Mutiara 2005, aku jadik JPK (Jawatankuasa Perwakilan Kolej) Mutiara. Niat asalnya sebab nak pastikan aku dan rakan-rakan dapat kolej sampai grad. Alhamdulillah, sampai semua tu tercapai. Dah nak masuk sem 6, semua kawan-kawan yang turut menyokong dan membantu kerja aku sebagai JPK dapat kolej sampai sem akhir nih.

Program-program yang aku terlibat sepanjang jadik JPK pun semuanya berjaya. Atas pertolongan, keringat dan airmata kawan-kawan JPK dan ajk kecil lah semuanya berhasil. Antaranya (yang aku ingat):

Fesko 2005 (Festival Kolej) - Masa tu aku,bob,ise,loko yang uruskan pasal Mutiara Explorace. bermula daripada tu lah cik burn memberikan kepercayaan kepada aku.

Mutiara Family Day 2006 - kerja 1st aku sebagai JPK Sukan. Masa tu part 3. 1st time uruskan game futsal terbuka kolej. Aku terlibat dari perancangan(kertas kerja). Namun, tanpa komitmen yang mantap, tak mungkin berhasil.

Gotong Royong Bubur Asyura - Jadik Tukang Kacau bubur.

Tri-Fesko 2006 - Hasil gabungan 3 kolej. Kertas kerja oleh aku dan diketuai oleh saudara Khalid Libar(Pres. JPK Zamrud). Buat pertama kalinya program ini mencipta sejarah sebab takdak lagi kerjasama antara kolej sebelum nih.

Kakom 07 - Kertas kerja aku..tapi aku bail out sebab nak bagi tekanan kat organisasi aku. Alhamdulillah, Program yang berjaya.

Program Anak Angkat dan Khidmat Masyarakat Manjoi - paling best. aku jadik officio jer..n sepanjang perancangan program dan mesyuarat penyelarasan program dengan orang sana..pengalaman baru yang tak ternilai..

Banyak lagi actually..last skali aku kira adalah dalam 18-20 program..(selama 2 tahun setengah..not bad)

Aku berbangga dengan organisasi yang aku ketuai. Aku kesian kat membe2 yang terpaksa bekerja bawah aku(i'm sucks in leadership). Aku cuma harap mereka bergembira di samping tensen selama bekerja bersama aku. Pun begitu, ia suatu pengalaman yang tak ternilai untuk bekerja dengan barisan anak2 buah (more like rakan-rakan dan adik beradik aku) yang hebat-hebat. Terima Kasih kerana menjadikan memori tu lebih bererti buat aku.

Last 2 month..sebelum Exam final mula...akhirnya aku letak jawatan dengan berbaki setengah tahun lagi untuk menghabiskan tempoh pemerintahan aku(wahwahwah). Bukan kerana kecil ati, marah, meluat..tapi sebab bangga dan aku rasa tiba masanya untuk aku undur diri dan beri peluang kepada yang lain. Tindakan tu bakal mewujudkan lebih ruang untuk member2 lain berdikari dalam program anjuran JPK. As a decision maker, i felt that everyone should make their own decision without relying too much on the leader. Big decision may required all the committee to decide.

3 Semester berturut2 aku jadik OC/PMMS (Orientation committee/Pembantu Minggu Mesra Siswa) . 1st sebagai Biro Kebajikan dan baki kedua-duanya sebagai Timbalan Ketua. 1st time aku apply sebab aku nak ubah cara orientasi kat UiTM penang nih..Alhamdulillah, dah takdak elemen2 bodoh yang boleh menyebabkan budak-budak baru meluat dan letih. Dah takdak tahan tgh2 malam sampai pagi. Dah takdak beratur setiap kali nak bergerak setiap 10 meter. Dah takdak maki2 budak pagi-pagi buta. Bukan sebab aku..tapi sebab pengurusan HEP makin pandai..hahaha..

Ramai junior yang tegur aku..kenal dan ingat..hehehe..Alhamdulillah..aku rasa aku dah buat benda betul..aku set satu lagi target aku..share maklumat dan cerita aku dengan budak2 junior nih..Tak semua ada pengalaman kena buang U macam aku..Aku tak mau sorang pun yang jadik macam aku sebab aku tau perasaan dia..sakit..

Ermm..dah la kot..panjang nih..hehehe

0 people wrote something:

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin