Hafiz Safwan Thought That...

A thought of my self.."Be civil to all; sociable to many; familiar with few; friend to one; enemy to none." Benjamin Franklin

Pages

One Quote

“When we seek to discover the best in others, we somehow bring out the best in ourselves.” ~ William Arthur Ward

It's true for me...


Kek Lapis Sarawak...

This is not a paid advertisement...This is my social responsibility to a friend of mine..


Kek Lapis Sarawak..
3-4 tahun lepas, bapak aku bawak balik dari sana beberapa roll kek.. bila tgk pada potongan2 kecik tu....rasa sayang sgt nak makan sebab sangat CANTIK!!!!!!!!!!!!

Masalahnya..bila dah berjaya masuk dalam mulut....Sangat Sedap sampai aku makan sambil tutup mata (sebab taknak terpesona ngan kecantikannya dan taknak susah2 pikir camner diorang leh susun kek tu satu2...pening...)

Sejak tahun lepas..member aku nih wat bisness nih..
Please refer here.

URL: http://www.keklapisasli-sarawak.blogspot.com/

Kalau sapa2 yang teringin tu leh arr try..antaranya 


December 2005...I wrote this piece on my FS Bulletin Board...

 Aku dok pusing2 kat dalam friendster..terbukak inbox..lepas aku aku baca balik satu2 mesej yang member2 hantar..banyak yang ingatkan aku kat kawan2 lama..banyak yang ingatkan aku kepada insan2 yang pernah bergelar sahabat..dapat jugak la carik balik 2-3 orang kat FB..yer laa..fs skarang nih dah tak sepopular dulu..

Salah satu kegemaran aku di zaman awal sebelum aku ada blog, aku suka tulis kat bulletin board. Semuanya akan aku letak tajuk macam : "To All...This is Mohd Hafiz Safwan a.k.a BuSu The Legend " so that membe2 tahu yang benda yang aku post tu bukan forwarded e-mail or something like that.

Posting aku tu pulak selalunya pasal Reunion, pasal yellow pages (Directory) untuk budak jenan batch aku, pasal berita2 berkaitan yang rasanya patut aku forward (macam berita tentang pemergian Arwah Cikgu Hamdan)....dan entry terbanyak rasanya tentang perasaan aku..Wah...jiwang sial..

Perkara yang membuatkan aku terjumpa balik salah satu posting lama nih adalah kerana reply dari rakan2 yang concern..Thanks to you all yang tak buang posting asal aku dan biarkan ia attached ngan reply korang..aku jumpa balik khazanah alam istimewa ni.

Aku tulis posting di bawah tu pada Disember 2005...4 tahun lebih setelah kegagalan cinta pertama.

Nampak kekurangan matang dalam posting nih..segan aku...hahahaha

Pun begitu, aku akur ngan kehendak takdir...pendek kata redha lah..

Rasanya yang buatkan kita takleh lupakan peristiwa lama tu adalah sebab kita masih attached ngan apa2 yang berkaitan ngan dia ataupun sebab apa yang kita tengah usahakan tu atas sebab dia..

Tu yang aku dapat simpulkan dari apa yang aku sendiri tulis..5 tahun lepas.. Yup...masa tu aku masih in contact..tu yang buat aku masih pikir pasal dia..masih ada phone number dia..masih bermesej ngan dia..It's hard..

So..if you want to get over it..leave everything behind..

Kengkawan semua..jgn muntah yer baca menatang nih..

"Skidezourus wrote:
hemph...macam nak nyanyi lagu..
You're just to good to be true
can't take my eyes of you...
tukar sket..can't take my mind of you..
bila saja teringat..bila saja aku sakit..bila saja dia sms aku..bila saja terlintas nama dia dalam henset..mesti aku ngeluh..awat laaa ...awat laaa
..pastu sesenyap mungkin..aku akan kata..takder jodoh kot..she may get someone better thanme..n i should be happy for her..a slight relief..cleared chest..but empty feeling..this time..a song from Akon.. Lonely....i'm so lonely...

human memory vs time..proven that such memory (of the one we love/care about) last forever..
try ask ur parents..whether they can still remember their Ex..hehe..like my father...ingat lagi dia smpi sekarang..time runs everything in our life..but since u can't forget ur former "special" friend..still wondering if the clock can turned back to that lovely time..(eventough it was just less than a month)..

think again..it won't happen..unless..if she is the one..((lagu lain pulak..Daniel Bedingfield- If You're not TheOne)) accept it..be grateful coz she still ur friend..you'll be happy for her..

that's why..pada rakan2 ku yang kadang2 aku tak tak support korang pasang spare tyre..bukan apa..macam aku nih..nak dapat sorang pun susah..hiiii..yang dok ada elok2 pi cari hat lain buat apa..cubala selami perasaan mangsa2 tu sket.. (jgn kata aku berpaling tadah lak..) kut mana pun suka ati laaa..kantoi..tanggung sendiri..

satu kelemahan ketara aku..aku takleh bezakan antara orang yang aku suka ngan rakan2lain..aku layan sama jer..mesej tak sampai..mungkin aku takder perasaan sgt..unlike years ago..miss the ol' time..or maybe i'm too scared..or maybe i haven't seen the quality which i've seen before tapi..tu la yang buat manusia unik..terima seadanya..

sensitif sgt lak...
*para pembaca sekalian..jgn ambil kesah sgt
pasal nih..just luahan hati yang sendirian..((lagu jamal Abdillah lak..apatah tajuk..tak ingat))"

The Finale' Episod of the Dropout...

Assalamualaikum W.B.T

Disember 2007, aku dan rakan2 mula bermukim di Shah Alam..

Hari ini, setelah 2 tahun setengah bergelut..akhirnya tibalah masa untuk pengajian bagi semester terakhir.

Macam baru kena tendang dari UTM sebulan lepas...hahahahaha

Kecewa

Mood kecewa membelenggu perasaan ini. I'm not blaming anyone...I'm blaming myself...I hurt my own feeling even though I've vowed no to let such thing happened again...

The pain was great but bearable..As what promised by Allah, He won't test us with the test which we can't cope with.

I don't know how long it will take to heal..I don't know how this would affect my future..Will I be more critical towards my inner-self? Will I be more critical to others?

Bapa dan Anak Perempuannya (Father and His Daughter)

Assalamualaikum W.B.T..
Hi all,

I just want to share this with you guys. Below is a combination of 2 photograph. One is taken in 1985 and another one was taken last week. The baby in the old photograph is my brother, Mohd Hafiz Hilmi and in the new photograph is his daughter, Hannah Humaira Bt Mohd Hafiz Hilmi.
 Hannah is near 7 month old and her dad will be 26 years old this year. Her father is the second of 5 siblings (I'm the eldest).

Jangan Mengeluh!!!

Terjumpa nih sewaktu menyelongkar Sent Item dalam emel lama. Telah di sampaikan kepada semua rakan-rakan selepas menerimanya dari Paman Chem (Sepupu mak aku). Tetiba rasa macam nak letak kat blog nih. Ingatan buat diri saya sendiri jugak yang baru ditimpa musibah dan di dalam kesusahan..(huhuhuhu)


JANGAN MENGELUH ..........
Kita selalu Bertanya....................dan Al-Quran sudah menjawabnya.................


KITA BERTANYA :
KENAPA AKU DIUJI?
QURAN MENJAWAB

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."

-Surah Al-Ankabut ayat 2-3


KITA BERTANYA :
KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
QURAN MENJAWAB

"Boleh jadi kamu membenci sesua tu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."

- Surah Al-Baqarah ayat 216


KITA BERTANYA :
KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
QURAN MENJAWAB

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."

- Surah Al-Baqarah ayat 286


KITA BERTANYA :
KENAPA RASA FRUST?
QURAN MENJAWAB

"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."

- Surah Al-Imran ayat 139


KITA BERTANYA :
BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB

"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."


KITA BERTANYA :
BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"

- Surah Al-Baqarah ayat 45


KITA BERTANYA :
APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
QURAN MENJAWAB

"Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ?

- Surah At-Taubah ayat 111


KITA BERTANYA :
KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
QURAN MENJAWAB

"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."

- Surah At-Taubah ayat 129


KITA BERKATA :
AKU TAK DAPAT TAHAN!!!
QURAN MENJAWAB

"... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."

- Surah Yusuf ayat 12


Semoga ada kebaikkan yang boleh kita semua perolehi dari semua nih

Something to be shared...

I saw a friend's status msg...

Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang ananah, yang mananah, dan yang hananah, dan jangan engkau kahwini yang hadaqah, yang baraqah dan yang syadaqah.

Wanita Ananah: Banyak mengeluh dan mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit atau buat-buat sakit.

Wanita Mananah: Suka membangkit-bangkit terhadap suami. Wanita ini sering menyatakan "Aku membuat itu keranamu".

Wanita Hananah: Menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.

Wanita Hadaqah: Melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya.

Wanita Baraqah: Ada 2 makna, pertama yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya, kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagiannya.

Wanita Syadaqah: Banyak cakap tidak menentu lagi bising.

Dicatat oleh Imam Al-Ghazalli

This post is different....Bersahabat Kerana ...

I've been through some difficult situation. Most of the time, there no immediate family member to help me. Helps came mostly from friends..

I recall the time when I was in matriculation program. I was sick..so sick that I pee during sleep. my nose bleed and my head is boiling. All that happened in one night. I manage to clean up my mess but I'm too weak to seek help from the lecturers..Friends came in to help.

That was one of many stories about my buddies..

I came across this post from a friend blog..Cik Huda
The original post is here.

Republished is as written below. Credits goes to Cik Huda and the original writer.

To all my friends, Berjumpa dan Berpisah Kerana Allah...Terima Kasih atas segalanya. To someone I care so much..thank you dear...

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Selawat dan Salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. serta seluruh ahli keluarga dan sahabat baginda...



Imam al-Nawawi dalam Riyadhussolihin menyebut dalam satu bab khusus “Kelebihan berkasih kerana Allah”, yang merujuk kepada persahabatan yang terjalin bagi mencari keredhaan Allah S.W.T. dan turut dijelaskan tentang persahabatan yang diredhai Allah S.W.T.


Beliau memulakan bab ini dengan dua ayat al-Quran iaitu ayat 29 surah al-Fath yang bermaksud “Muhammad iaitu Rasulullah dan orang yang bersamanya bersikap keras tegas terhadap orang kafir yang memusuhi mereka dan bersikap penyayang dalam kalangan sesame mereka (orang islam)”.


Satu algi ayat yang disebut beliau ialah ayat 9 Surah al-Hasyr yang bermaksud
“Dan orang ansar yang mendiami Madinah dan memiliki keimanan sebelum (berlaku penghijrahan) itu, mereka mengasihi orang Muhajirin yang datang berhijrah kepada mereka (madinah)”.


Selain itu Imam al-Nawawi juga ada menyebut 11 hadis yang berkaitan dengan tajuk ini.
Antaranya ialah sebuah hadis popular yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Musli iaitu tentang tiga sifat yang memungkinkan kita menikmati kemanisan iman. Pertama TIADA YANG LEBIH DICINTAI MELEBIHI ALLAH DAN RASULULLAH. Kedua, MENGASIHI SAHABAT KERANA ALLAH. Ketiga, MEMBENCI KEKUFURAN SEPERTI DIA MEMBENCI SEKSAAN NERAKA. Begitu sekali tingginya kedudukan persahabatan yang terjalin hasil keikhlasan mencari keredhaan Allah S.W.T.


BERSAHABAT KERANA ALLAH


Sebuah hadis lagi yang masyhur dibawa oleh Imam al-Nawawi ialah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim tentang 7 golongan yang akan dinaungi ‘Arasy di akhirat nanti. Antara 7 golongan itu salah satunya suka ditekankan di sini sabdanya “Dua orang sahabat yang bersahabat kerana Allah, mereka bertemu kerana Allah dan mereka berpisah juga kerana Allah”.



Persahabatan mereka tidak dicemari langsung apa-apa niat tidak baik atau kepentingan diri atau prasangka dan perbuatan buruk. Semoga kita dikurniakan persahabatan sebegini.


Dalam sebuah hadis lain Rasulullah S.A.W. member gambaran yang mendalam bagi mengukuhkan maksud hadis di atas, Hadis yang diriwayatkan oleh Muslim ini antara lain menceritakan tentang seruan Allah S.W.T. di akhirat nanti:
“Manakah orang yang berkasih sayang dengan sebab kemualiaan-Ku? Kerana hari ini Aku akan naungi mereka dengan naungan Ku pada hari yang tiada naungan lagi selain naungan-Ku.”


AllahuAkbar…
Begitu sekali seruan Allah S.W.T. dalam memberikan ganjaran kepada mereka yang berkasih-sayang dan bersahabat demi mencari keredhaan Allah S.W.T.


KASIH RASULULLAH S.A.W.


Sebuah lagi hadis yang dibawakan oleh Imam al-Nawawi iaitu tentang anjuran serta galakan untuk kita memberitahu sahabat bahawa kita mengasihinya kerana Allah S.W.T.
Hadis diriwayatkan oleh Abu Daud dan al-NAsa’ie, Baginda berkata kepada salah seorang sahabat bernama Mu’az bin Jabal: “Ya Mu’az, demi Allah, sesungguhnya aku mengasihi mu. Kemudian aku ingin berpesan, kepada mu jangan engkau lupa membaca selepas solat doa berikut (yang bermaksud): WAHAI TUHANKU, BANTULAH AKU UNTUK MENGINGATI-MU, BERSYUKUR KEPADA-MU, dan MENGELOKKAN IBADAH UNTUK-MU”.


Lihat bagaimana Rasulullah S.A.W. sendiri memberitahu Mu’az tentang kasih Baginda sebagai seorang sahabat. Kemudian sesudah itu Baginda menunaikan tanggungjawab sebagai sahabat dengan member pesanan berkaitan doa yang amat baik dibaca selepas solat. Itulah sikap seorang sahabat – ikhlas dan inginkan kebaikan dunia dan akhirat bagi sahabatnya!

Ya Allah, kurniakanlah kami sahabat yang mengasihi kami kerana-MU, kurniakan untuk kami kekuatan untuk mengasihi mereka dalam mencari keredhaan- MU dan bantulah kami untuk bersama mentaati-Mu. Amin, ya Rabbal ‘alamin.


Doa minta dikasihi Rakan-Rakan


Allahumma habbib ‘abdika ha za ilaa ‘ibadikal mu’minina wa habbib ilaiyal mu’minin ”
Maksudnya: “Ya Allah jadikanlah hamba-Mu ini dicintai pada hati orang-orang yang beriman, dan jadikanlah mereka mencintai orang-orang yang beriman”.


(rujuk kitab Mukhtasar Silah al-Mukmin, bab Fi Talab al-Du’a’. karangan Imam al-Zahabi)
Sumber: Solusi - Isu 7.

My Last Email in Robert Bosch Power Tools

Hi all,
Today will be my last day as Trainee in Robert Bosch Power Tools. After 5 months, it is time to say good bye.
It is an honor to be accepted as a trainee here. The experience and knowledge that I’ve acquired here are far more than I expected to gain. I’m more than proud to tell others that I’ve done my Industrial Training in MFG Dept, Robert Bosch Power Tools. This ‘life changing’ experience will certainly motivate me to become a better person for the country that I love and for the passion to my field of study.
To all who guide, motivate and educate me during my training period (particularly to my supervisor – Sandy and all MFG personnel), THANK YOU VERY MUCH. It’s a pleasure to work and learn alongside with all of you. Thank you for the support and advices.
I also want apologize for any wrong doings, hurtful words or any inconvenient that I’ve caused. Sorry for anything and everything that I've done.
I would like to wish all of you GOOD LUCK for everything that you are and will be working on. I’ll pray for the success of the RBPT (particularly MFG..hehehe) in the future. For the new trainees, good luck!. This is the best opportunity to learn and to develop your soft skills.
I’ll miss you guys very much. It’ll be one more year to complete my studies before I join the job market. The knowledge and experience that I’ve gained here will be put in good use
On behalf of my parents, members of the faculty and university, Thank You for the unforgettable and valueble experience.
Again, THANK YOU VERY MUCH.
BeQIK
Mohd Hafiz Safwan Bin Md Rijani
Dip. Mech. Eng. (UiTM 2008)
EM 220, Bachelor of Mechanical Engineering (Mechanical) (Hons.)
Faculty of Mechanical Engineering
Universiti Teknologi MARA Malaysia
Hp : +60 13 – 585 4485
Email : skidezourus@hotmail.com – Facebook
skidezourus@gmail.com – Primary E-mail
Thank You
Regards,
BeQIK
MOHD HAFIZ SAFWAN MD RIJANI
Trainee
PgP2/MFG

Aku suka lagu nih

Dear readers, This ol' pak cik wanna share something with his GF and wanna make it public..

Sayang...Enjoy the song



Baik Baik Sayang - Wali

Aku tak ingin kau menangis bersedih
Sudahi air mata darimu
Yang aku ingin arti hadir diriku
Kan menghapus dukamu sayang

Karna bagiku kau kehormatanku
Dengarkan dengakan aku

Reff:
Hanya satu pintaku untukmu dan hidupku
Baik baik sayang ada aku untukmu
Hanya satu pintaku disiang dan malammu
Baik baik sayang karna aku untukmu

Semua keinginan akan aku lakukan
Sekuat semampuku sayang
Karna bagiku kau kehormatanku
Dengarkan dengakan aku

Back to Reff:


Another song for you my dear-


I'm Gonna be Around ~ MLTR

It's been so long since we took the time
to share words from deep inside us
We're in our own world spinning our wheels
but you know how I feel

since the first time I took your hand (I'll never do that..We'll wait for that time to come..hehehe)
my love for you has just been growing
You always seem to understand
You know how I am

Chorus:
I'm gonna love you til the end
I'm gonna be your very true friend
I wanna share your ups and downs
I'm gonna be around

When you're alone cause I'm away
don't be sad don't be afraid
I'm gonna turn my thoughts to you
like I always do

Chorus:
I'm gonna love you til the end
I'm gonna be your very true friend...

Catch you when you fall
Hold you when you’re down
Sharing every moment
I wanna show you all I do
I believe I’ve found a miracle
in you

Chorus:
I'm gonna love you til the end
I'm gonna be your very true friend...

To Sayang -
Love ya!!!!!!!!

Lower Secondary School: SMKANT - Part 1

I wrote several draft on SMKANT..but I never finished it up. Though I always refer those time as the worst time of my life (due to the ..nevermind..), I do held high regards on my teachers and friends. To all my ‘laoshi’ and ‘pengyou’ back in SMKANT – Thank you for the memories!!!!

1995, Tingkatan 1

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Nibong Tebal

Disember 1995, Penggal persekolahan terakhir yang bermula pada penghujung tahun yang sebelumnya. Mungkin masih ada yang ingat bahawa dahulu penggal persekolahan dirujuk sebagai 95/96 yang membawa maksud penggal persekolahan bermula pada tahun 1995 dan berakhir tahun 1996.

Ia merupakan penggal persekolahan terpanjang kerana ia adalah tahun terakhir kalender sekolah bermula pada tahun sebelumnya.

Aku tahu yang sekolah yang masih dalam pembinaan itu akan di buka. Aku tahu yang sekolah itu akan menumpang di sebuah sekolah rendah baru berdekatan dengan rumah aku. Aku tahu yang aku telah mendapat tempat di sekolah itu lebih awal dari rakan-rakan lain. Aku tahu yang aku nak masuk sekolah itu.

2 minggu sebelum aku mendaftar, aku terlibat dalam proses memasang katil di tingkat atas bangunan sekolah itu. Sebabnya terlalu bersemangat..tambahan pula didorong oleh ayahanda yang pernah menuturkan kata-kata ini “Hang pi la tolong depa nuu, nanti hang nak masuk situ jugak,”.

Hari pertama pendaftaran, aku rasa kerdil bila berhadapan ngan pelajar-pelajar perempuan. Tanggapan awal aku adalah mereka mungkin ‘senior’ aku. Dengan fizikal budak lelaki yang lebih kecil, pelajar perempuan lebih kelihatan seperti ‘akak-akak’.

Aku diberikan nombor katil L009 (nombor ini kemudiannya merujuk kepada apa sahaja kesalahan yang aku buat). L adalah untuk lelaki dan 009 merupakan kedudukan katil aku. Nombor 1,5,9,13,17 dan seterusnya merujuk kepada pelajar kelas 1K1. 2,6,10,14,18,22…merujuk kepada pelajar kelas 1K2, 3,7,11,15,19…merujuk kepada pelajar kelas 1K3 dan 4,8,12,16,20…merujuk kepada pelajar kelas 1K4.

Terdapat kurang daripada 160 orang pelajar keseluruhannya(Ramai yang menolak, ramai yang keluar setelah mendapat tawaran untuk ke SBP atau MRSM, yang tak tahan dan lain-lain lagi)

Memandangkan sekolah tersebut baru, tiada senior, tiada role model, tiada rujukan, tiada sekatan, kesemuanya adalah baru. Tiada locker untuk semua pelajar pada bulan-bulan pertama persekolahan. Tempat mandi pelajar lelaki tidak berbumbung. 2 kolah PVC besar menjadi tempat mandi kami. Tempat mandi pelajar perempuan pula merupakan bilik wuduk yang juga diletakkan kolah PVC.

Sekolah rendah yang menjadi tumpangan kami ialah Sekolah Kebangsaan Seri Sentosa. Adik aku Hafiz Muim ketika itu belajar di sana di tahun 2. Salah seorang gurunya merupakan guruku ketika di Methodist.

Hari pertama, sewaktu berjalan pulang ke blok setelah menikmati minum petang, aku terlihat satu fenomena yang agak menghairankan pada mulanya. Kasut-kasut dan stoking-stokin berterbangan di udara dan jatuh di hadapan aku dan rakan-rakan. Seorang lelaki menjengulkan muka dari koridor asrama dan mula memberi arahan kepada kami untuk mengutip kasut masing-masing dan mengarahkan kami menyusun semuanya atau ia akan ‘terbang lagi’. (Lelaki ‘ganas’ tersebut ialah Cikgu Hasni, quite a soft name for a tough guy like him).

Minggu-minggu pertama persekolahan, hanya ada 5 orang guru. Percaya atau tidak. Hanya 5 orang guru. Sir Hafiz Yau, Ustazah Siti Aishah, Cikgu Hasni, Cikgu Rosli, Ustaz Suhaimi. Hanya selepas itu barulah ada guru-guru lain yang ditugaskan untuk bersama kami.

Tiada tempat menggantungkan baju atau tuala pada bulan pertama persekolahan. Lampu-lampu koridor yang menyala di waktu malam menarik perhatian sejenis kumbang yang berwarna hitam dan akan mati setelah ‘penat’ mengelilingi lampu seterusnya memenuhi segenap ruang koridor. Tentang makanan aku tiada masalah kecuali dengan air kosong atau air masak yang dibekalkan dewan makan. Dengan selambanya brader DM tu tala hos air paip kat dalam bekas ‘air masak’. That memory is still fresh in my head.

I’ll stop here.. I write this to honor my teachers and friends.aku tak berapa suka menulis tentang memori ni (atas beberapa sebab yang berlaku dalam jangkamasa 2-3 tahun kebelakangan ni). Pun begitu, aku harap semua yang membaca nih dapat menyumbangkan memori untuk mengingati segala-gala kepayahan tok guru – tok guru kita dan kita sendiri pada tahun 1995-1996 di SMKA Nibong Tebal.

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin