Hafiz Safwan Thought That...

A thought of my self.."Be civil to all; sociable to many; familiar with few; friend to one; enemy to none." Benjamin Franklin

Pages

Terjumpa Artikel Ini....Cistaro betul!!!!

The original Piece

Harian Metro Online (22/01/09)

Bila kawan jadi kekasih




JAUH di sudut hati, terasa betapa indah memujanya. Namun siapa yang dapat merasakan cuitan hati jika tidak terluah dek kata-kata?

Jika khuatir persahabatan didatangi kebencian, pertimbangan harus berasas akal

JAUH di sudut hati, terasa betapa indah memujanya.

Namun siapa yang dapat merasakan cuitan hati jika tidak terluah dek kata-kata?

Yang menjadi masalah, mampukah ia terungkap jika orang yang diminati dan sering menjentik perasaan bukanlah orang lain sebaliknya sahabat baik sendiri?

Bertahun menjalin hubungan atas dasar sahabat sejati, rakan setia yang sanggup bersusah bersama dan bergembira di saat anda mahu meluah segala suka-duka, kini segalanya berubah.

Jantung bagai disentap apabila bertembung dengannya bahkan tiba-tiba membuatkan hati berdebar-debar dan jatuh cinta tanpa disedari apabila perasaan itu muncul di celah persahabatan yang dijalin.

Jika dulu, anda menganggap dirinya seorang sahabat sejati, sanggup berkongsi suka dan duka serta menjadi teman paling setia mendengar masalah, kini lain pula situasinya.

Sahabat yang selama ini dimahkotakan sebagai teman biasa kini bertukar menjadi kekasih istimewa.

Persoalannya, adakah hubungan akan berjalan dengan lancar jika bercinta dengan sahabat sendiri? Adakah dia juga merasakan hal yang sama seperti anda? Adakah anda harus menyatakan perasaan itu terhadapnya?

Apabila dilamun cinta dengan teman biasa, perlu diteliti semua aspek peribadinya sebelum sesuatu hubungan itu menjadi bertambah intim. Takut nanti, yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran.

Kata orang, bercinta dengan sahabat sendiri akan mencetuskan kekangan dalam perhubungan. Sekiranya khuatir persahabatan itu akan berakhir dengan perasaan saling membenci, anda harus mempertimbangkan aspek pro dan kontranya.

Pro

* Anda harus menyukai seluruh peribadinya. Perlu juga tahu perubahan hatinya, perkara yang membahagiakannya jika menjalin hubungan cinta dengan anda dan perkara yang perlu dihindari.

* Anda sanggup menempuh suka dan duka bersama tidak kira apa juga rintangan yang dihadapi berbanding sewaktu menjalinkan hubungan persahabatan dulu.

* Anda mengenali ibu bapanya dan diterima baik oleh mereka. Yang pasti, anda seharusnya mempunyai nilai positif yang membawa ke arah kebahagiaan kedua-dua pihak.

Kontra

* Memandangkan anda berdua sudah mengenali perilaku masing-masing, tiada lagi hal yang boleh membuatkan anda perlu bertanya. Ia mungkin menimbulkan rasa bosan jika anda masih mahu melakukannya.

* Anda meminati karakternya ketika bergelar sahabat, tetapi tidak mustahil karakter itu boleh berubah setelah hubungan yang dibina bertukar menjadi kekasih.

* Sikap seperti cemburu dan syak wasangka melampau mungkin antara sikap yang tidak pernah anda sangka muncul pada si dia yang dulu hanya seorang teman biasa.

* Sebagai sahabat, hubungan anda berdua dilihat bertambah baik, tetapi ia berubah setelah menjadi teman istimewa. Anda akan kehilangan orang yang selalu menjadi pendengar yang baik. Siapa yang akan menjadi pendengar setia apabila dia yang menjadi topik pembicaraan anda?



Dari segi pro dan kontra yang disenaraikan, aspek kontra lebih berkemungkinan membawa anda ke arah kehancuran sebuah persahabatan yang begitu indah.

Anda berasa sudah mengenali hatinya dengan baik sebagai sahabat, tetapi sebagai kekasih segalanya berubah.

Terdapat juga risiko yang harus anda hadapi apabila berterus-terang mengenai perasaan.

Jangan luahkan perasaan ini kerana ia akan muncul sekiranya kamu cuba menahan dan menyembunyikannya.

Duduk dengan tenang, pertimbangkan aspek pro dan kontranya.

Jangan lupa, risiko yang mungkin terjadi. Anda tidak akan mengetahui sejauh manakah perasaannya terhadap anda sekiranya anda takut untuk cuba bertanya sendiri.

Apabila anda berdua berjaya mengungkap perasaan cinta itu, mungkin pada awalnya ia akan menimbulkan sedikit kejanggalan, tetapi kesudahannya, ia akan berakhir dengan kegembiraan.

Busu Menulis:

I read it with a smile on my face. Teringat zaman kanak2 riang dulu nih(zaman lepas SPM) dengan seseorang yang mungkin kebanyakkan rakan-rakan tahu.

Pada aku...susah untuk aku nak mencintai seseorang((CHEWAHH)). Setakat pengalaman yang ada sekarang nih (ada laa dalam 3 kali) semuanya bermula sebab perasaan menyampah..Initially lah....last2 aku pulak dok terbayang2.

Entry kali nih berjaya buatkan aku rasa tua..Alhamdulillah..aku sedar benda nih tanpa perlu melalui pengalaman macam si COMBAT nih.

Pada aku laa..sekarang nih aku dah tak kisah dah sapa2 pun..kawan ke..junior ke..lantak laa..(terhad kepada kaum HAWA sahaja, saya lurus tau) yang penting aku perlu mengakhiri zaman kegersangan aku.

Ada berita gembira buat aku dan ahli keluarga aku. Adik ipar aku. Hasni, kini sedang berbadan 2. Usia kandungannya kini nak masuk 6 minggu..still too early but i'm optimistic. Untuk itu aku reserve kan panggilan Uncle Wan atau Uncle Safwan atau Paman Wan atau Mamu Wan.

Buat rakan2 yang turut ternanti2 kelahiran cahaya mata. Good Luck to you guys..(Suraya n Khai, Cipmang n Mira dll lagi)

Kepada Papa n Mama baru (Junaidi Judin n Shuhada Solahudin di UK)..Tahniah atas kelahiran Baby Elyas. Tak lupa juga kepada yang dah lama jadik bapak (macam sper, cikang dan yang seangkatan) Anak2 korang aku reserve kan dengan nama panggilan Uncle Bushu...hahahahaha

8 people wrote something:

owh baru aku teringat... dulu ko pernah menyampah ngn inspektor klas kite tu... sekarang aku paham nape ko cam sunyi semenjak die brenti belajar... kalau dah jodoh tak ke mane busu, jgn risau.... berdoalah...

 

ciss..bukan itu lah yang aku maksudkan..aku tak menyampah ngan dia langsung laa..cheh..skandal jer tuh

 

BUSHUUUU!!!!!!!! Takkan duk tahniah kat orang jeee!!! Kao pun dah sampai masa dah buat plan apa-apa yg patut... Practical Training dah tak lama lagi, dah nak grad dah tu... Lepas tu apa lagiiii.... Jiwang dah ok dah!!! hehehe!!!1

 

hidup busu.. u're unknown untold shakespear that born mysteriously in Malaysia..

 

busu, congrats bakal dpt anak sedara yg sulong..
aku undi panggil mamu wan! heh :D

-SoPhia-

 

Bro Yan: Rilek la bro..biasa laa hidup bujang nih..lepas grad nanti tahulah..hehehe

Anonymous: Unknown untold shakespear that born mysteriously in Malaysia..????.no man..Just a dropout who is seeking a fresh view on what life is all about..hehehe..saja jer menjiwangkan diri.

Sophia: Thank you for the vote. Mamu Wan ...macam best jer..hahahaha

 

woitttt.. shuhada solahudin daaaa.. bukan solihin! mana ko dapat idea solihin tuh? hahaha...uncle ke? kami nak ajar anak kami panggil suma pak cik and mak cik.. no uncle n auntie.. hahaha

 

sorry Shu...sorry sesangat...jap aku ubah..(aku ingat2 lupa laa..main taruk jer)

 
Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin