Hafiz Safwan Thought That...

A thought of my self.."Be civil to all; sociable to many; familiar with few; friend to one; enemy to none." Benjamin Franklin

Pages

TAYAR BAS MELETUP - KeNduri Bibik Aida @ Rumah Alumni UTM SKudai (25/05/08)

Ingatkan nak menulis pasal cerita nih sebaik sahaja pulang dari JB. Namun, disebabkan kekurangan masa dan kekangan lain terpaksa ditangguhkan sehingga ke hari ini.

Asalnya satu family nak pi ke Johor. Yang nak kawen nih sepupu mak aku (tapi umur dia sebaya ngan aku)..aku panggil dia BIBIK (bermaksud makcik dalam bahasa Jawa..bukan orang gaji tau). Embah Diso (Ngadiso bin Darus, ayah pengantin perempuan) yang menjaga aku waktu aku belajar di UTM dulu.

2-3 hari lagi sebelum kenduri, parents aku membuat keputusan untuk tidak hadir(rumah tgh. renovate) dan aku dihantar untuk menjadi wakil. Wakil bukan sahaja untuk kelaurga aku tetapi jugak untuk keluarga saudara2 dari Penang. Mulanya tiada tiket bas pada malam Khamis(23/5/08) untuk ke JB. orang kat kaunter tu siap cakap 26 hb baru ada tiket balik.. Tiba2 malam khamis tu, masa antar adik aku Hilmi (dia ke Banting ada kenduri rakan dia), ada pula tiket tapi malam Jumaat (24/5/08). Aku terus amik lepas berbincang dengan parents aku.

Malam yang dijanjikan, kalau ikut tiket bas jalan pukul 10.30, tapi bas tu sampai Nibong Tebal pun dah pukul 11.20. PERSADA EKSPRESS (nama yang tertera di tepi bas) merupakan bas yang bakal membawa aku ke destinasi(JB) tapi tiba-tiba terdetik "Boleh sampai ke?"...Aku terus pujuk hati aku yang enggan percaya bahawa bas dihadapan mata aku ini mampu sampai dengan selamat tanpa sebarang insiden. Keadaan bas agak uzur. Layaknya hanya untuk ganti bas Bumiwira(Butterworth-Parit Buntar) saja gayanya.

Bas itu kemudian ke Parit Buntar untuk mengambil penumpang dan meneruskan perjalanan pada jam 12 tgh malam. Aku terlena sehingga jam 3.30 pagi ketika bas mula memasuki Kuala Lumpur. Ketika berhenti sebentar di Serdang(untuk tukar pemandu), aku turun untuk ke tandas. Apabila bas tu nak teruskan perjalanan, brek tayar belakang belah kanan lekat. Bas tu mulanya tak leh jalan tapi lepas cuba berkali2 baru boleh. tapi brek tu masih lekat. Aku cakap kat pemandu "Apek, kalau you jalan jugak, tayar boleh meletup oooo!", dia jawab "Takpa, takpa...slow saja boleh,"

Hati aku mula risau. Tepat jangkaan aku, sebelum sampai hentian sebelah Nilai, bau hangit memenuhi ruang penumpang. Apabila bas berhenti barulah tau apa masalahnya. Brek yang lekat tadi sudah berasap. Bila asap dah takder, bas tu masuk ke hentian Nilai dan mula memindahkan penumpang ke bas2 lain yang dalam perjalanan ke Johor Bahru. 2 penumpang di pindahkan semasa di hentian Nilai.

Driver bas tu taknak tunggu lama2, dia kata nak terus sampai ke Yong Peng sebab ada banyak bas2 lain yang ke JB berhenti di situ. Sekali lagi aku cakap kat apek tu "Apek, boleh sampai Yong Peng ka?" dia jawab "Boleh, takpa...slow2,"

Banyak la dia punya slow, awal2 memang slow laa..bila dah naik syeh dia tekan jugak sampai 60-70 km.

Masa tu aku dah tak boleh tidoq dah. Risau takut tayar meletup atau yang paling buruk tayar terbakar. Aku amik peluang ni untuk bersembang ngan sorang penumpang kat depan aku. Orang Baling yang terpaksa pulang ke JB serta-merta kerana dipanggil bertugas meskipun tgh bercuti kerana isteri bersalin. Inspektor Haris dari Depoh Polis Johor Bahru.

Seperti yang aku jangkakan, tayar bas meletup sebelum plaza tol Seremban. Tapi bas terus bergerak sehingga tinggal lebih kurang 200m dari Plaza Tol Seremban tuh. Jam ketika itu menunjukkan waktu 4.40 pagi.

Driver bas berusaha tahan bas2 yang lalu kat situ, tapi takdak satu pun yang nak ke JB atau sanggup berhenti. Lebih kurang jam 7.20 pg barulah driver tu amik keputusan untuk jalan slow2 ke Terminal One Seremban dan uruskan pengangkutan lain untuk ke JB.

Sampai di Terminal One, kami penumpang bas nih ramai2 makan kat ada warung tuh..siap berebut2 nak belanja makan. Tak kira cina, india atau melayu semua boleh makan, melawak, bersembang walaupun tak pernah kenal sebelum nih. Memang best lah.

Aku sampai Skudai jam 1.30 tengah hari dan terus ke Rumah Alumni.
Sampai di Rumah Alumni, aku kena kutuk ngan geng2 KL (Family Embah Rasiman) sebab tak mandi lagi...Ciss..(hehehe)

Aku bawak kamera tapi takdak bateri, kat Terminal One baru aku beli sepasang untuk capture gambaq2 mangsa Tayar Bas Meletup.

Thanks a lot to Insp. Haris for the cigarattes and hacks. Nice to meet u SIR!
Anas Hassan(my cousin) for allowing me to use his room at 10th College, UTM for quick change.
A Malaysian Chinese man who paid for my Teh Tarik at Terminal One.
The Bus Drivers - Bought us Plusliner Ticket (Seremban-JB)
Embah Diso - nanti Safwan datang lagi.

Payah la nak lupa...2 tahun aku belajar kat UTM..2 tahun naik bas dari Butterworth ke JB tanpa sebarang masalah...tapi tiba2 perjalanan biasa 7 jam namun perjalanan baru2 nih mencipta rekod baru iaitu 13 Jam. huahahaha


SOme photos:



Bersama-sama penumpang lain yang terkandas@ Terminal One Seremban




Bersama Insp. Haris




Kanak2 ini dihadapan ku





Comel lah budak nih.







Ngan Insp. Haris di Terminal One




Sebelum naik Bas



Di dalam Bas





Uncle nih ngan family nak ke Jordan ikut airport Changgi.




This Malaysian Chinese guy was seated next to me.

Geng KL (Embah Rasiman sekeluarga)



Ain ngan ayahandanya, Paman Hussein




Bik Aida dan Suaminya, Ahmad Zuhair


Berjaya memalukan diri sendiri dengan berkaraoke lagu Suratan @ Kebetulan (Kenny, Remy & Martin)



Cantik pelamin nih kan???


Sebelum balik..bergambar dengan pengantin


Aku pulang ke Nibong Tebal pada malam itu juga..tiket bas kui 10.15 kat Sri Putri. Sampai Nibong Tebal kui 6 Pagi. Pengalaman pahit manis sepanjang perjalanan...

Mencatat rekod baru bagi perjalanan Bas Ekspress melebihi 12 Jam (rekod Baru 13 Jam 20 Minit)

Rekod berada di tempat tak sampai 12 jam lepas tu balik (bagi perjalanan memelbihi 7 jam)
(rekod baru 8 jam)

1 people wrote something:

geng kl!
saye takde bergambar dgn geng kl!

i was wondering mane derang seme mase kat dwn tu... anyway, it was soooo nice to see all of u come on my wedding.thanks so much!!!
and to u, eventho pelbagai onak duri dilalui akhirnya sampai dgn selamat jugakkk!!! terharu plak bace entry nih :D


~thecoffeeaddicts.wordpress.com~

 
Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin